Bagaimanakah caranya untuk pulih dari kerugian di Forex dan mendapatkan semula apa yang telah hilang - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bagaimanakah caranya untuk pulih dari kerugian di Forex dan mendapatkan semula apa yang telah hilang


Orang yang paling kuat adalah mereka yang berhadapan dengan kekalahan namun tidak mengalah.

Forum pedagang penuh dengan kisah mereka yang kehangusan modal dan berhenti berdagang Forex. Penulis-penulisnya berulang-ulang kali menyalahkan pasaran, broker atau malahan takdir, tetapi penghujung kepada ini semua tidak mengejutkan: mereka tidak mencapai apa-apa dengan berhenti.

Encik Phone Myat Naing adalah seorang pedagang yang mengkagumkan dari Myanmar. Beliau telah kerugian sejumlah besar wang, namun berjaya mendapatkannya semula dan terus berdagang. Selain dari berdagang, beliau sangat menikmati kehidupan, selalu melancong dan meluangkan masa bersama keluarganya.

Kami berharap anda akan menyukai temuramah ini dan mungkin menemui sesuatu yang boleh dijadikan pedoman dalam perdagangan anda sendiri.

Mari kita mulakan dengan latarbelakang anda. Anda berasal dari mana dan apa pekerjaan anda?

Hello, semua! Nama saya Phone Myat Naing dan saya dari Myanmar. Saya membesar di sebuah pekan kecil di tengah-tengah negara ini dan kemudian berpindah ke Yangon. Saya berkerja sebagai kelasi untuk sebuah syarikat Jerman, sudah banyak tahun juga.




Pekerjaan anda sangat menarik, lalu mengapa anda memutuskan untuk mula berdagang Forex? 


Bila saya menziarahi pakcik saya, saya perasan bagaimana mata beliau terkunci pada skrin komputer yang memaparkan angka dan carta yang tampak aneh. Saya tanyakan kepada beliau apakah itu, lantas beliau menjelaskan kepada saya bahawa ia adalah pasaran matawang di mana orang ramai boleh membuat keuntungan dengan membeli dan menjual matawang antara satu sama lain. Saya terus berminat dengannya kerana ia kedengaran seperti satu cara yang mudah untuk membuat wang.

Jadi bila anda bermula anda tidak mempunyai apa-apa ilmu langsung? Bagaimana anda lakukan persiapan?

Saya mula mempelajari bagaimana untuk berdagang secara sendiri dan selepas beberapa minggu belajar saya rasa seperti sudah bersedia. Apa yang tinggal hanyalah mencari broker yang bagus, dan saya putuskan untuk bersama FBS kerana ia dikenali ramai dan khidmat pelanggannya responsif.

Terima kasih, kami rasa terharu menjadi pilihan anda. Bagaimana dengan perkakas perdagangan? 

Pada mulanya saya berdagang menggunakan Expert Advisor – EA Martingale. Ia terbukti satu pilihan yang bagus dan saya gembira dengan keuntungan yang diberikannya, sekitar 100 USD sehari. Sehinggalah pada satu hari ia tersasar. Tepat di hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-30, EA ini tidak mampu bertahan dengan downtrend EUR/USD dan saya kerugian USD 4000 disebabkan oleh margin call. Saya terkejut bajet perdagangan saya lesap dalam sekelip mata. Ia adalah kali pertama dan terakhir saya hilang sebegitu banyak wang.

Malang sekali, hatta EA pun boleh melakukan kesilapan, namun akhirnya anda berjaya memperoleh semula modal kerja anda. Bagaimanakah anda menangani kerugian dan apakah yang membantu anda mencapai keuntungan semula?

Bila ia terjadi, semangat saya hancur luluh. Saya berhenti dari berdagang Forex untuk seketika tetapi saya tidak berputus asa. Saya mula mencari sebab di sebalik kekalahan saya dan telah mempelajari Forex dengan lebih mendalam. Saya belajar dari laman-laman web Forex, blog, saluran-saluran Youtube, dan buku-buku. Pernah sekali, saya menghadiri kelas offline tetapi ia tidaklah begitu membantu seperti yang diharapkan. Selepas mempelajari Forex untuk sekian waktu, saya memutuskan saya perlu mengkaji bagaimana EA Martingale berfungsi. Ia keputusan yang tepat kerana ia membantu saya memahami beberapa perkara penting. Saya kerugian kerana saya tidak memahami sistem EA Martingale dan bagaimana ia diprogramkan. Tambahan lagi, saya tidak peduli tentang pengurusan risiko yang sebaiknya. Dengan naif sekali saya fikir EA hanya boleh membuat keuntungan tetapi tidak akan kerugian. Ia silap besar untuk berdagang dengan hampir tiada apa-apa ilmu tentang Forex. Kini pendekatan perdagangan saya telah berubah secara total. Saya kini menggunakan  Analisis Teknikal serta Fundamental, pola carta dan candlestick, berbanding bergantung dengan EA Martingale semata-mata dahulu. Saya menguji beberapa EA di akaun demo dan memilih beberapa yang menunjukkan hasil yang baik. Yang penting, saya sudah mula berdagang secara manual.

Anda telah pelajari banyak perkara tentang perdagangan dan EA, mungkin cukup untuk membinanya sendiri. Pernahkah anda terfikir untuk menceburi bidang ini?

Ya, saya seorang pengaturcara Java dan kadangkala saya membina aplikasi Android, jadi tidak sukar untuk saya pelajari bahasa MQL4. Saya pelajari cara membina EA dengan bantuan rakan kongsi saya – Dr Kaung Myat Hpone Htut. Kami telah mencipta banyak Expert Advisor bersama termasuklah EA yang sedang saya gunakan sekarang. Ia telah membantu kami meraih keuntungan yang lumayan.

Bagaimana anda kenal dengan rakan kongsi anda?

Saya sering menulis post tentang pengalaman berdagang Forex dengan EA di Facebook dan ramai pengguna EA menghubungi saya untuk berkongsi pengetahuan, bakal rakan kongsi saya salah seorang daripada mereka. Beliau bertanyakan tentang EA yang sedang saya gunakan, kami bertemu untuk membincangkan pengalaman kami dan memutuskan untuk berkerja bersama-sama. Hasilnya, kami telah menciptakan banyak EA dan malah telah meletakkan beberapa daripadanya di Market. Buat masa ini ia memerlukan penyesuaian dari masa ke semasa supaya ia kekal fleksibel. Namun saya masih belum menjana pendapatan pasif daripada ini, saya dapat wang saya kebanyakannya dari berdagang secara manual.

Adakah anda menggunakan servis VPS kami? Para pedagang yang menggunakan EA biasanya mendapati ianya berguna, tetapi apakah pendapat anda tentang ini?

Pada mula-mulanya saya tidak tahu pun anda ada sediakan VPS. Saya pernah menyewa VPS pada kadar $20 setahun. Bila saya tahu anda ada menyediakannya secara percuma, saya memutuskan untuk mencubanya. Tentu sekali saya telah membandingkannya dengan VPS yang saya gunakan pada waktu itu. Tampaknya FBS telah menyeidakan VPS yang lebih baik, lalu saya pun terus menggunakannya sejak dari itu, saya amat berpuas hati dengan servisnya. Saya juga telah memuat naik dokumen saya ke sana supaya saya boleh mengkasesnya dari mana-mana pun di dunia ini.

Anda telah membina EA, belajar cara berdagang dan berjaya menghasilkan keuntungan darinya. Tetapi tetap ada orang yang tidak percaya dengan semua ini. Mengapakah anda fikir sesetengah orang percaya bahawa Forex adalah satu scam?

Mereka fikir Forex satu scam kerana mereka hanya mendengar cerita dari mereka yang telah kehangusan wang mereka. Sedangkan adalah sangat penting untuk mereka fahami mengapa sebenarnya mereka rugi. Pada pendapat saya ini terjadi kerana:  ⁃ Mereka tidak faham tentang margin call  ⁃ Mereka tidak mempedulikan tentang pengurusan risiko  ⁃ Mereka tidak cukup ilmu dan latihan Tetapi jika anda ada persiapan, anda pasti boleh untung.

Mari kita bercakap tentang anda. Anda telah banyak melancong dan melihat banyak tempat, bolehkah anda ceritakan tentang pengembaraan anda, mungkin dalam beberapa ayat? 

Kerja saya perlukan saya berlayar selama 4 bulan dan bercuti selama 2 bulan. Tetapi saya mengembara sepanjang masa, baik menaiki kapal terbang mahu pun kapal laut. Sejak tahun 2006 saya telah mengembara ke hampir setiap negara kecuali kutub utara. Sukar untuk saya rangkumkan pengalaman saya dalam beberapa ayat sahaja, tetapi saya akan cuba.




Sebulan saya di Guangzhou membuatkan saya menyesal tidak belajar bahasa Mandarin.

New Zealand adalah negara yang sangat menyenangkan. Saya mahu tinggal di sana.

Orang-orang Jepun sangat menepati masa. Tidak pernah terlewat walau seminit.

Eropah sangat cantik tetapi mahal.

Serangan lanun di Somalia membuatkan saya sering mimpi ngeri.

Rusia sangat sejuk tetapi gadisnya cantik-cantik belaka.

Indonesia mempunyai pulau-pulau dan pantai yang cantik serta orangnya ramah-tamah. Surabaya adalah yang paling cantik sekali dan rakan baik saya tinggal di sana.

Thailand negara serumpun kami. Ia tidak asing buat saya. Saya lawati Bangkok dan Pattaya hampir setiap bulan.

Di Amerika Latin anda akan mendengar Amigo dan Gracias di setiap sudut, negara yang bagus sekali. Saya amat sarankan anda belajar bahasa Sepanyol asasi jika mahu mengembara ke sana.

Pasir di pantai Rio de Janeiro adalah yang tercantik yang pernah saya lihat. Walaupun mereka bertutur bahasa Portugis di Brazil, loghatnya berbeza dari yang di Portugal dan Angola. Saya suka mendengar suara mereka. Bunyinya manis pada pendengaran saya.



Korea terkenal dengan bintang filem dan K-Pop. Saya peminat Metallica, tetapi bila saya mendengarkan K-Pop, ia mengubah citarasa muzik saya untuk seketika.

Pada tahun 2009, saya banyak menghabiskan masa di negara-negara Arab. Budaya mereka sangat menginspirasikan dan wanita Arab mempunyai mata yang tercantik di dunia.

Vietnam mempunyai banyak kesan perperangan. Walaupun saya pernah ke Saigon, saya belum sempat melawati terowong tikus yang terkenal itu.

Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda perlu mencuba aiskrim Turki dan kebab. Syarikat penerbangan mereka adalah yang terbaik yang pernah saya naiki. Istanbul pula adalah kota yang sangat cantik, anda tak akan kecewa dengan apa yang anda akan lihat.

Adakah anda mempunyai apa-apa hobi?

Saya selalu mengimpikan untuk menjadi seorang ahli muzik. Saya mula bermain piano sejak di darjah 5, selain dari instrumen-instrumen lain. Namun takdir telah memutuskan saya menjadi seorang pelayar. Sungguh begitu, ke mana pun saya pergi saya akan bawa satu instrumen bersama saya untuk dimainkan. Bila saya sedang bercuti, saya akan mainkan piano di dalam sebuah kugiran dan membuat rakaman. Tentu sekali, saya sangat suka meluangkan masa bersama keluarga saya: anak lelaki saya, Welle, dan isteri saya yang cantik, Chan.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini