Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini kerana dolar AS tetap teguh dalam mendekati tahap tinggi setahun disebalik ketegangan perdagangan yang berterusan antara AS dan rakan perdagangan.

Pada jam 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.0400 / 0460 berbanding dolar AS selepas mencatatkan paras 4.0380 / 0420 pada Isnin.

Peniaga berkata dolar melonjak apabila ketegangan meningkat menjelang tarikh akhir 6 Julai bagi Washington mengenakan tarif AS$34 bilion ke atas eksport China.

Ketua Perdagangan OANDA di Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata ringgit dilihat sebagai pasaran yang didorong oleh pasaran tempatan tanpa adanya aliran masuk asing.

"Mata wang tempatan dan pasaran bon dijangka diperdagangkan dalam julat yang sangat ketat.

"Bagaimanapun, harga minyak akan terus menyokong ringgit, sementara sentimen pasaran baru Asia akan terus menentukan tindakan harga," katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang, kecuali euro.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9493 / 9541 daripada 2.9526 / 9558 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6400 / 6460 daripada 3.6424 / 6474 pada hari Isnin.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3045 / 3140 daripada 5.3100 / 3156, tetapi lebih rendah berbanding euro pada 4.7005 / 7091 daripada 4.6994 / 7057.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini