Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan minat belian yang muncul semula, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.0600/0630 berbanding dolar AS daripada 4.0620/0650 pada Khamis.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9687/971 daripada 2.9622/9648 pada Khamis dan rendah berbanding euro kepada 4.7315/7366 berbanding 4.7144/7187.

Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.2861/2904 daripada 5.2806/2849 pada Khamis dan turun berbanding yen kepada 3.6108/6138 daripada 3.5937/5970.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini