Gambar dan Video : XM Berjaya Menganjurkan Hari Keluarga 2018 di Kuala Lumpur



Di XM, kami menghargai pelanggan sebagaimana kami juga menghargai ahli keluarga terdekat mereka. Dengan semangat ini kami telah menjalankan acara Hari Keluarga XM di Kuala Lumpur pada 28 Julai 2018 untuk membolehkan pelanggan-pelanggan kami meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga mereka.

Acara yang penuh meriah ini telah diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur untuk meraikan semangat kekeluargaan di mana kami telah menerima kunjungan daripada ramai pelanggan yang hadir bersama dengan keluarga mereka.



Pelbagai program disediakan untuk pelanggan, pasangan dan anak-anak mereka di mana mereka dapat membebaskan diri daripada rutin harian dan menikmati aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan bersama dengan yang tersayang. Walaupun sebahagian besar aktiviti menarik disediakan untuk kanak-kanak, orang dewasa juga dapat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti selain turut serta dalam Cabutan Bertuah dengan hadiah-hadiah eksklusif yang pastinya menceriakan lagi hari mereka.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir dan mengambil bahagian dalam acara Hari Keluarga XM di Kuala Lumpur. Suasana hari yang penuh menyeronokkan ini dapat dilihat dari gambar dan video di bawah.























































































































































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini