Ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan minat belian, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1020/1050 berbanding dolar AS daripada​​​​​​​ 4.0950/0980 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata, kebimbangan terhadap perang perdagangan antara AS dan China juga terus mempengaruhi pasaran.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Nota tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2756/2819 daripada 5.2834/2893 semalam dan turut naik berbanding yen Jepun kepada 3.6865/6899 daripada 3.6879/6916.

Mata wang tempatan susut berbanding euro kepada 4.7932/7983 daripada 4.7920/7963 manakala berbanding dolar Singapura, ringgit sedikit naik kepada 3.0062/0091 daripada 3.0062/0095 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini