Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit didagangkan tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada penutup semalam kerana pelabur sedang menunggu pengumuman pertumbuhan ekonomi negara untuk suku kedua oleh Bank Negara Malaysia.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1030/1070 berbanding dolar AS.

Seorang peniaga berkata, pedagang juga tidak membuat urus niaga memandangkan Washington akan mengadakan semula perbincangan perdagangan dengan Beijing minggu depan.

“Selain itu, penularan krisis lira di Turki juga sudah reda,” katanya.

Sementara itu, ringgit susut berbanding beberapa mata wang.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.2170/2229 daripada 5.2112/2179 pada Khamis dan rendah sedikit berbanding euro pada 4.6659/6717 daripada 4.6651/6705.

Ringgit meningkat sedikit berbanding yen kepada 3.7001/7043 daripada 3.7021/7067 semalam, tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9820/9856 daripada 2.9810/9856.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini