Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila pelabur meneruskan sentimen mengurangkan risiko dalam tempoh ini, dengan pengurangan ketara minat pelabur ke atas aset pasaran pesat membangun.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.0900/0950 berbanding dolar pada 4.0830/0870 Jumaat lalu.

Ketua Penyelidik Pasaran dan Strategi Mata Wang FXTM Global, Jameel Ahmad, berkata pasaran global dijangkakan terus ditentukan oleh faktor luaran sepanjang minggu ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh risiko krisis lira Turki yang semakin meningkat.

“Ini bermakna mata wang ekonomi pesat membangun seperti ringgit, bukan menjadi pilihan pelabur, dan kami menjangkakan ringgit akan mengambil petunjuk daripada krisis lira. Jika lira terus membimbangkan pelabur global, ringgit dan mata wang pesat membangun yang lain akan mengalami kesan berdasarkan minat pelabur ang tidak mahu mengambil risiko,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9696/9743 daripada 2.9781/9813 Jumaat lalu, meningkat berbanding pound British kepada 5.2139/2219 daripada 5.2193/2248 dan tinggi berbanding euro kepada 4.6544/6617 daripada 4.6779/6837 sebelumnya.

Ringgit bagaimanapun rendah berbanding yen Jepun kepada 3.7054/7109 daripada 3.6800/6846 Jumaat lalu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini