Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kurangnya minat belian menjelang penyiaran angka keluaran dalam negara kasar suku kedua Malaysia esok, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan ditutup pada 4.1030/1070 berbanding dolar daripada 4.1020/1050 pada Rabu.

Peniaga berkata pasaran lengang ekoran ketiadaan pemangkin manakala pelabur memantau pengumuman angka pertumbuhan ekonomi suku kedua esok oleh Bank Negara Malaysia.

Ringgit rendah berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding pound British kepada 5.2112/2179 daripada 5.2177/2220 pada Rabu, namun rendah berbanding euro kepada 4.6651/6705 daripada 4.6447/6489.

Unit tempatan merosot berbanding yen kepada 3.7021/7067 daripada 3.6872/6909 semalam dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9810/9856 daripada 2.9712/9744.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini