Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila sentimen kekal lemah terjejas oleh pertumbuhan ekonomi perlahan dalam suku kedua tahun ini, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan itu ditutup pada 4.1050/1080 berbanding dolar AS daripada 4.1030/1070 pada Khamis.

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan negara mencatatkan pertumbuhan suku kedua 2018 pada 4.5 peratus berikutan gangguan bekalan berbanding 5.4 peratus yang dicatatkan dalam suku pertama.

Ringgit juga lemah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.2150/2204 daripada 5.2112/2179 pada Khamis dan turun berbanding euro kepada 4.6723/6765 daripada 4.6651/6705.

Ringgit berkurangan berbanding yen kepada 3.7129/7173 daripada 3.7021/7067 pada Khamis dan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9842/9868 daripada 2.9810/9856.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini