Ringgit ditutup tidak berubah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tidak berubah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS hari ini selepas tidak menerima sebarang petunjuk baharu walaupun terdapat peningkatan dalam sentimen serantau berikutan pengumuman data ekonomi yang lebih baik dari China.
Pada jam 6 petang, ringgit ditutup pada 4.0740/0770 berbanding dolar AS daripada 4.0740/0770 yang direkodkan semalam.
Peniaga berkata, ringgit tidak menjejaki mata wang serantau lain yang kebanyakannya lebih tinggi selepas indeks harga pengguna China bagi Julai menunjukkan peningkatan sebanyak 2.1 peratus berbanding tahun sebelumnya, lebih baik daripada jangkaan tetapi masih dalam zon selesa kerajaan sebanyak tiga peratus.
"Bersama-sama dengan data perdagangan China semalam, boleh dikatakan bahawa ekonomi kedua terbesar dunia itu sedang berada dalam keadaan yang lebih baik daripada jangkaan," katanya.
Semalam, data dari China mendedahkan eksport negara itu dalam Julai telah menokok lebih baik, membuktikan pengenaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat ke atas produk China tidak mempunyai kesan yang ketara dan tidak menjejaskan permintaan global.
Sementara itu, ringgit kebanyakannya didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia menurun berbanding dolar Singapura kepada 2.9883/9914 daripada 2.9870/9897 yang dicatatkan semalam, tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6653/6687 daripada 3.6723/3756.
Ringgit semakin kukuh berbanding pound British kepada 5.2498/2544 daripada 5.2567/5614, dan meningkat berbanding euro kepada 4.7230/7277 daripada 4.7242/7293.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini