Ringgit terendah dalam tujuh bulan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terendah dalam tujuh bulan



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup pada paras terendah dalam tempoh tujuh bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila mata wang negara maju itu mengukuh susulan ketegangan perdagangan AS-China, sekali gus mengehadkan minat terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.0800/0850 berbanding dolar AS daripada 4.0740/0780 semalam.


Peniaga berkata, dolar AS kukuh berbanding kumpulan mata wang lain, setelah memperoleh kelebihan daripada peningkatan pertikaian perang perdagangan AS-China.

Ketegangan perdagangan itu semakin meningkat apabila AS mengancam akan menaikkan tarif import kepada 25 peratus daripada 10 peratus ke atas import China bernilai US$200 bilion, katanya.

Aliran menarik dolar AS turut disokong oleh hasil Perbendaharaan AS, ditambah dengan jangkaan laporan pekerjaan negara itu yang positif, sekali gus melonjakkan minat risiko terhadap mata wang selamat itu.

"Peningkatan dolar AS telah menjejaskan sentimen terhadap ringgit," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Nota tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9770/9811 daripada 2.9805/9838 pada Khamis, dan meningkat berbanding yen kepada 3.6523/6574 daripada 3.6528/6574.

Ringgit tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3064/3146 daripada 5.3284/3352 semalam selain naik berbanding euro kepada 4.7222/7292 daripada 4.7303/7358.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini