Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ketika peniaga menunggu mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia esok manakala dolar AS mencatat permintaan yang lebih baik di tengah-tengah risiko dalam pasaran pertukaran asing, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, unit tempatan itu jatuh kepada 4.1370/1420 berbanding dolar AS berbanding 4.1270/1320 pada Isnin.

Ketua Perdagangan Asia-Pasifik Oanda, Stephen Innes berkata, ringgit kekal lemah menjelang mesyuarat MPC esok.

"Saya tidak menjangka perubahan dalam dasar tetapi menjangkakan dasar kurang agresif selepas keluaran dalam negara kasar dan metrik inflasi gagal mencapai sasaran," katanya kepada Bernama.

Menurut beliau, dengan perang perdagangan, nota tempatan dilindungi daripada kejutan luaran kerana harga minyak yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang.

"Bagaimanapun, dalam jangka masa terdekat, tidak banyak yang boleh menaikkan harga, dan diramalkan dolar terus teguh berbanding ringgit dengan mencatat RM4.15 bagi setiap dolar," katanya.

Sementara itu, mata wang tempatan ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0050/1100 daripada 3.0089/1132 pada Isnin dan menokok berbanding euro kepada 4.7803/7877 daripada 4.7865/7931.

Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.7136/7191 daripada 3.7167/7215 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3016/3100 daripada 5.3123/3191 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini