Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana permintaan dalam kalangan pelabur merosot di tengah-tengah keretakan pasaran yang dicetuskan oleh perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.1410/1450 berbanding 4.1370/1400 pada Jumaat.

Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda, Stephen Innes, berkata pasaran bermula secara turun naik kerana berita yang timbul mendominasi sesi di pasaran Asia.

“Pada mulanya, pengumuman tarif oleh Wakil Perdagangan AS memberi sedikit kesan dari dijangkakan disebabkan suasana yang nampaknya sudah berakhir – 10 peratus pada masa ini, kemudian 25 perarus pada Januari 2019 – yang mana AS kelihatan bersetuju untuk berunding tetapi juga Presiden Donald Trump tidak mahu untuk bertolak ansur.

“Kemudiannya timbul kekeliruan kerana (pertama, tajuk berita menyatakan) “China Berkata Kerjasama Adalah Pilihan yang Tepat China”, diikuti oleh (tajuk sebuah laporan) “China Tidak Akan Hantar Delegasi Perdagangan ke Washingotn”, yang mana ia memberikan risiko dalam cara mana pun, tetapi ia agak longgar dan menyebabkan peniaga tidak mendapat sebarang kemajuan di kebanyakan sesi,” katanya kepada Bernama.

Ringgit lebih rendah berbanding beberapa mata wang.

Ia susut berbanding yen kepada 3.6967/7012 daripada 3.6934/6974 pada Jumaat dan susut berbanding euro kepada 4.8354/8414 daripada 4.8196/8235 sebelumnya.

Ia lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0202/0242 daripada 3.0114/0140 Jumaat lepas dan susut berbanding pound British kepada 5.4359/4428 daripada 5.4191/4234 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini