Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat menanti hasil mesyuarat dua hari Rizab Persekutuan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1350/1400 berbanding 4.1350/1390 jam 6 petang semalam.

Peniaga berkata, mesyuarat Rizab Persekutuan akan menawarkan petunjuk kepada kenaikan kadar faedah masa depan, sekali gus mempengaruhi pergerakan dolar AS, yang mula menunjukkan arah aliran menurun.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini