Ringgit kekal rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan permintaan terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1440/1470 berbanding dolar AS daripada 4.1370/1420 ketika ditutup pada Selasa.

Dolar AS terus meningkat dengan ekonomi negara maju itu menunjukkan kekukuhan ketika kebimbangan mengenai tekanan yang menyelubungi pasaran pesat membangun, katanya.

Di pasaran tempatan, ringgit diniagakan dalam keadaan tidak menentu memandangkan pelabur menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari hari ini, yang dijadualkan berakhir pada 3 petang.

“Kami menjangkakan bank pusat mengekalkan penanda aras kadar faedah yang tidak berubah,” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Nota tempatan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0092/0140 daripada 3.0050/1100 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.8004/8055 daripada 4.7803/7877.

Mata wang tempatan juga susut berbanding pound Britain kepada 5.3267/3310 daripada 5.3016/3100 pada Selasa namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7119/7156 daripada 3.7136/7191. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini