Semua negara alami susut nilai mata wang - Dr. Mahathir



KUALA LUMPUR 14 Sept. - Penyusutan nilai mata wang bukan hanya melibatkan Malaysia, tetapi semua negara berdepan situasi defisit yang sama.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Argentina antara negara yang turut mengalami situasi tersebut apabila mata wang negara itu menyusut sehingga 50 peratus.

"Semua mata wang defisit, Argentina 50 peratus.

"Penyusutan nilai mata wang ini berlaku kerana perang perdagangan antara Amerika dan China, selain prestasi ekonomi masing-masing," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini ketika para pelabur mengharapkan pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) yang lebih positif bagi Ogos.

"Pada pukul 9 pagi hari ini, ringgit mengukuh kepada 4.1380/1420 berbanding dolar AS daripada 4.1430/1460 sewaktu ditutup semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini