OctaFX Supercharged 2 - Menangi Hadiah Anda ! - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

OctaFX Supercharged 2 - Menangi Hadiah Anda !



OctaFX mengadakan pertandingan sebenar baru daripada pencipta 'King of the Road’ dan ‘Supercharged’! Kami telah meningkatkan bilangan hadiah dan peluang anda untuk menang. Hadiah bagi pertandingan ini termasuk: 36 telefon pintar bertaraf tinggi yang disertakan dengan jam pintar, tiga pakej setiap bulan dan selepas dua belas bulan, tiga pemenang akan mendapat kereta mewah bermutu tinggi setiap seorang. Mendaftarlah untuk pertandingan ini, buat deposit ke akaun anda dan berdagang untuk menjadi pemenang!



Apakah Pertandingan Sebenar OctaFX Supercharged 2?

Ini ialah pertandingan dagangan pada akaun sebenar untuk pedagang baru dan berpengalaman. Dalam pertandingan ini, anda boleh memenangi pakej telefon pintar dan jam pintar pada setiap bulan dan kereta mewah pada penghujung tahun.

Adakah ia percuma?

Ya. Anda boleh menyertai Pertandingan ini secara percuma.

Bagaimanakah saya boleh menang?

Untuk memenangi hadiah bulanan, anda perlu memenangi tempat pertama dalam mana-mana satu daripada tiga kategori: Laba, Faktor Untung, Volum Didagangkan. Untuk memenangi hadiah tahunan utama, anda perlu mencapai keputusan yang setinggi mungkin merentasi semua tiga kategori sepanjang tahun. Pedagang yang memberikan prestasi yang terbaik akan memenangi hadiah utama.

Tidak kira bila anda memasuki persaingan ini, anda boleh menang.

Deposit baru yang dibuat ke akaun pertandingan anda tidak memberikan kesan negatif kepada Laba semasa anda, malah boleh memberikan kesan positif kepada Laba anda yang akan datang, serta meningkatkan peluang anda dalam kategori Volum Didagangkan!

Apakah yang perlu saya tumpukan?

Untuk memenangi kategori Laba atau Faktor Untung, anda perlu berdagang dengan baik. Setiap dagangan yang menguntungkan akan meningkatkan kedudukan anda. Untuk memenangi kategori Volum Didagangkan, hanya jumlah baki anda yang penting. Lebih tinggi baki anda, lebih banyak pesanan yang boleh anda tutup dan lebih banyak lot yang boleh anda dagangkan.

Bagaimanakah Laba dikira?

Laba = (Dana Peribadi + Jumlah Dikeluarkan – Dana Peribadi Apabila Membuat Deposit) / Dana Peribadi Apabila Membuat Deposit × 100%

Dalam persamaan ini, Dana Peribadi ialah ekuiti semasa Akaun Pertandingan tidak termasuk bonus, Jumlah Dikeluarkan ialah jumlah wang yang dikeluarkan daripada akaun pertandingan selepas akaun didaftar masuk untuk pusingan pertandingan atau membuat deposit ke dalam akaun itu; Dana Peribadi Apabila Membuat Deposit ialah ekuiti Akaun Pertandingan (dana bonus tidak diambil kira) pada waktu membuat deposit ke dalam akaun. Sekiranya anda membuat beberapa deposit pada tempoh pusingan itu, jumlah laba dikira sebagai jumlah laba yang berasingan bagi sepanjang tempoh antara deposit: Jumlah Laba = Laba 1 (dari Deposit awal hingga Deposit 2) + Laba 2 (dari Deposit 2 hingga Deposit 3) + Laba N (Selepas Deposit N).Apabila anda membuat deposit baru ke akaun pertandingan anda, kami menetapkan laba yang sudah diperoleh dalam akaun ini sebelum deposit tersebut (Laba 1) dan kemudian mula mengira laba selepas deposit tersebut (Laba 2) sehingga pusingan pertandingan berakhir atau deposit lain dibuat.

Bagaimanakah Faktor Untung dikira?

Faktor Untung = Untung daripada Dagangan (dalam USD) / Kerugian daripada Dagangan (dalam USD)

Jika anda mempunyai keputusan yang sama dengan peserta lain, kedudukan anda ditentukan oleh volum dagangan anda yang menguntungkan—jika anda mempunyai volum yang lebih besar, anda menang. Jika volum ini juga sepadan, anda menang jika anda mendapatkan untung ini dengan dagangan yang lebih sedikit.

Bagaimanakah Volum Didagangkan dikira?

Volum didagangkan = jumlah volum bagi semua dagangan yang dibuat sepanjang pusingan (pertandingan).

Volum bagi satu dagangan hanya dikira sekali bagi kedua-dua kedudukan tahunan dan pusingan (untuk pusingan yang dagangan dibuka). Volum bagi dagangan yang dibuka sebelum mendaftar untuk pertandingan ini dikira bagi pusingan pertama yang anda mengambil bahagian.
Bagaimanakah kedudukan keseluruhan dikira?
Kedudukan keseluruhan = Jumlah tempat anda merentasi semua tiga kategori dalam kedudukan tahunan - lebih tinggi tempat anda, lebih kecil nombornya.

Pemenang ditentukan dengan kedudukan keseluruhan mereka ialah nombor terkecil.

Jika peserta mempunyai kedudukan keseluruhan yang sama, pemenang ditentukan seperti berikut:

1. Peserta dengan jumlah tempat terendah dalam kategori Faktor Untung dan Volum Didagangkan akan menang.

2. Peserta dengan Laba tertinggi akan menang. (Jika jumlah tempat merentasi Faktor Untung dan Volum Didagangkan sepadan.)




Apakah hadiah utama?

Hadiah bagi pertandingan ini adalah seperti berikut (dengan nilai wang yang setara, jika berkaitan):

Tempat pertama: BMW X5 M (USD 80,000)
Tempat kedua: Lexus GS-F (USD 60,000)
Tempat ketiga: Honda Civic Type R (USD 30,000).

Hadiah adalah tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.

Apakah hadiah pusingan?

Hadiah Pusingan untuk pertandingan ini dalam tiga kategori adalah seperti berikut:

Samsung Galaxy S9+ dan jam pintar Galaxy Gear S3 (USD 1,000)
Apple iPhone 8 dan Apple Watch 3 (USD 1,000)
Huawei P20 PRO dan jam pintar Huawei Watch 2 (USD 1,000).

Hadiah tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.




Adakah anda akan menghantar hadiah ke negara saya?

Ya, kami akan menghantar hadiah anda ke lokasi anda.

Bolehkah saya menerima wang, bukannya kereta?

Kami hanya akan memindahkan wang bukannya kereta kepada anda dalam keadaan yang luar biasa. Jika kami berbuat begitu, kami akan memindahkannya ke dalam akaun dagangan atau akaun bank anda.

Berapa cepatkah saya akan menerima hadiah tersebut?

Hal ini akan mengambil sedikit masa. Kami akan menghubungi anda dalam masa tujuh hari bekerja selepas tarikh tamat pertandingan.

Perlu diingat bahawa kami menjalankan semakan latar belakang terhadap pemenang, kesahan mereka, kesahan maklumat dan kemungkinan pelanggaran. Anda perlu memberikan set dokumen asal yang lengkap (pasport atau ID lain yang mengesahkan tempat tinggal anda) sebelum boleh mengambil hadiah. ID anda mestilah sah.

Hanya selepas itu kami akan menghantar hadiah pusingan anda atau menetapkan tarikh dan masa untuk majlis anugerah hadiah utama.
Adakah saya akan mendapat semua hadiah jika saya menang dalam beberapa kategori atau pusingan?
Anda boleh memenangi maksimum empat hadiah pusingan setahun. Jika anda memenangi beberapa kategori dalam satu pusingan (termasuk jika anda menggunakan beberapa akaun pertandingan), anda boleh mendapat beberapa hadiah.

Jika anda menang untuk kali kelima atau lebih, kami akan memberikan bayaran tunai sebanyak 20% daripada nilai wang hadiah tersebut dan hadiah sebenar akan diserahkan kepada peserta di tempat kedua dalam kategori tersebut.

Anda tidak boleh memenangi lebih daripada satu hadiah utama. Jika beberapa akaun dagangan anda layak untuk hadiah utama, kami akan memberikan anda hadiah paling berharga yang akaun anda layak menerimanya. Peserta pada kedudukan seterusnya selepas peserta yang paling berjaya akan menerima baki hadiah.



Bagaimanakah saya boleh menyertai pertandingan ini?

Daftar atau log masuk ke Ruangan Peribadi anda, buat akaun sebenar baru dan tandakan kotak "Daftar akaun untuk Supercharged 2". Pastikan jumlah deposit pertama anda mestilah sekurang-kurangnya USD 50.

Bolehkah saya menyertai pertandingan ini sejurus selepas mendaftar?

Ya, anda boleh menyertai pertandingan ini pada bila-bila masa. Kami akan mula merekodkan kedudukan pertandingan anda pada waktu anda mendaftar untuk Supercharged 2 dengan akaun dagangan baru atau sedia ada mengandungi Dana Peribadi sebanyak USD 50 atau lebih.

Bolehkah saya menyertai beberapa pusingan dengan satu akaun dagangan?

Ya, anda boleh. Anda hanya perlu mendaftar akaun sebenar anda sekali dan ia akan menyertai semua pusingan seterusnya secara automatik, selagi Dana Peribadinya (ekuiti tidak termasuk bonus) berjumlah USD 50 atau lebih. Jika Dana Peribadi anda menjadi kurang daripada USD 50 pada waktu bermulanya pusingan baru, akaun tersebut tidak layak untuk pusingan ini sehingga anda menambah Dana Peribadi tersebut kepada sekurang-kurangnya USD 50. Walau bagaimanapun, kedudukan tahunan bagi akaun tersebut masih akan dikira.

Saya telah mendaftarkan akaun untuk pertandingan ini, tetapi saya tidak berada dalam kedudukan dan tidak menerima pautan ke statistik pertandingan ini. Mengapa?

Hanya mendaftarkan akaun untuk pertandingan ini tidak mencukupi untuk mengambil bahagian. Akaun anda akan diaktifkan untuk pertandingan ini dan prestasinya akan dikira dalam kedudukan hanya selepas anda menambah baki anda dengan dana yang mencukupi iaitu ekuiti semasa tidak termasuk bonus menjadi sekurang-kurangnya USD 50 (atau setara dalam EUR).

Siapakah yang boleh menyertai pertandingan ini?

Sesiapa yang umurnya sah (18+) dengan akaun sebenar OctaFX.


Bilakah pendaftaran bermula dan berapa lamakah tempohnya?

Anda tidak perlu mendaftar lebih awal. Hanya daftarkan akaun sebenar anda untuk pertandingan pada bila-bila masa. Anda boleh melakukannya pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Kami akan menutup pendaftaran tujuh hari sebelum tarikh tamat pertandingan.
Bagaimanakah saya boleh mendaftar untuk pertandingan Supercharged 2?

Anda perlu mendaftar untuk pertandingan ini dengan akaun dagangan sebenar, serta MetaTrader 4 (Micro) atau MetaTrader 5 (Pro) dan memastikan Dana Peribadi akaun anda (ekuiti tidak termasuk bonus) ialah USD 50 atau lebih. Anda boleh menggunakan akaun sedia ada anda atau buat akaun baru.

Untuk mendaftar, klik ‘Sertai Pertandingan Sekarang!’ di halaman pertandingan atau navigasi ke bahagian Pertandingan di Ruangan Peribadi anda dan klik ‘Tambah akaun untuk pertandingan sebenar Supercharged 2’.


Bilakah pertandingan ini bermula dan berakhir?

Tarikh mula ialah 1 Oktober 2018.

Tarikh tamat ialah 30 September 2019.

Kami akan menyiarkan keputusannya dalam masa lima hari perniagaan dalam Berita Syarikat kami. Majlis anugerah akan diaturkan kemudian, bergantung pada negara tempat tinggal pemenang. Kami akan menghubungi pemenang melalui telefon atau e-mel.

Berapakah bilangan pusingan dalam pertandingan ini?

Pertandingan ini mempunyai 12 pusingan.
Berapa lamakah satu pusingan berlangsung?
Setiap pusingan berlangsung selama sebulan kalendar.
Bagaimanakah saya boleh mengetahui bila pusingan semasa akan berakhir?
Anda boleh mendapatkan tarikh tamat bagi pusingan semasa di bahagian atas halaman Pertandingan Supercharged 2.



Bolehkah saya menyertai beberapa pusingan dengan satu akaun dagangan?

Ya, anda boleh. Anda hanya perlu mendaftar akaun sebenar anda sekali dan ia akan menyertai semua pusingan seterusnya secara automatik, selagi Dana Peribadinya (ekuiti tidak termasuk bonus) berjumlah USD 50 atau lebih. Jika Dana Peribadi anda menjadi kurang daripada USD 50 pada waktu bermulanya pusingan baru, akaun tersebut tidak layak untuk pusingan ini sehingga anda menambah Dana Peribadi anda kepada sekurang-kurangnya USD 50. Walau bagaimanapun, kedudukan tahunan bagi akaun tersebut masih akan dikira.

Akaun dagangan manakah yang boleh saya gunakan untuk menyertai pertandingan ini?

Anda boleh menggunakan akaun sebenar MetaTrader 4 (Micro) atau MetaTrader 5 (Pro) untuk pertandingan ini.

Bolehkah saya mengambil bahagian dalam pertandingan sebenar jika profil OctaFX saya tidak disahkan?

Ya, anda boleh. Namun perlu diingat bahawa kami hanya memberikan hadiah kepada pengguna yang disahkan, oleh itu kami mengesyorkan anda mengesahkannya dalam tempoh pertandingan ini.

Bolehkah saya mendaftar untuk pertandingan ini dengan beberapa akaun dagangan?

Anda boleh membuka seberapa banyak akaun pertandingan dan menambah wang ke dalam akaun itu. Ambil perhatian bahawa setiap akaun pertandingan ditentukan kedudukannya sebagai peserta yang berasingan. Keputusan bagi beberapa akaun tidak akan digabungkan.

Menggunakan beberapa profil yang berbeza yang dibuka di OctaFX adalah dilarang. Jika kami secara munasabah mengesyaki dua profil atau lebih diurus oleh seorang individu, semua akaun dagangan yang dibuka di bawah profil ini akan dihalang daripada Pertandingan.


Apakah syarat dagangan ini?

Akaun pertandingan mengenakan syarat dagangan yang sama seperti akaun dagangan sebenar yang biasa bagi jenis yang sama. Baca syarat akaun sebenar

Apakah teknik dagangan yang dibenarkan?

Semua teknik dagangan atau EA (dagangan robot) dibenarkan. Tetapi, sebarang bentuk dagangan arbitraj atau mana-mana salah guna dengan harga dan/atau sebut harga, serta penggunaan kegagalan dalam aliran sebut harga untuk mendapat keuntungan yang dijamin akan tertakluk pada pembatalan kelayakan daripada pertandingan ini.

Adakah strategi dagangan lindung nilai dan terbalik dibenarkan?

Ya, anda boleh menggunakan strategi ini.

Bolehkah saya melaraskan nisbah leveraj yang digunakan pada akaun pertandingan saya?

Ya, anda boleh. Pelarasan ini tidak menjejaskan statistik pertandingan anda.

Adakah saya perlu mempunyai akaun dalam mata wang tertentu untuk menyertai pertandingan ini?

Tidak perlu. Mana-mana akaun sebenar boleh digunakan, selagi Dana Peribadinya (ekuiti tidak termasuk bonus) sekurang-kurangnya USD 50 atau setara dalam EUR.


Apakah avatar? Mengapakah saya perlu memuat naik avatar?

Avatar ialah imej untuk halaman pertandingan peribadi anda dan statistik pusingan. Anda boleh menggunakan mana-mana imej yang anda mahu atau foto anda. JANGAN muat naik ID anda atau mana-mana dokumen undang-undang yang lain!

Saya tidak boleh memasukkan nama panggilan saya dalam borang pendaftaran, apakah masalahnya?

Mungkin nama panggilan itu sudah diambil. Sila pilih nama panggilan lain. Isu ini mungkin juga timbul kerana anda tidak menggunakan huruf Latin. Sila tukar bahasa kepada Bahasa Inggeris dan cuba masukkannya lagi.

Bagaimanakah saya boleh mengubah nama panggilan saya?

Sila hantarkan permintaan untuk Sokongan. Malangnya, anda tidak boleh melakukannya sendiri pada masa ini.

Bolehkah peserta lain melihat baki akaun saya?

Tidak, peserta lain tidak boleh melihat baki, ekuiti atau keuntungan dan kerugian anda. Penarafan yang tersedia secara umum hanya memberikan maklumat yang berkaitan: kedudukan semasa, peratusan perubahan baki atau ekuiti, Laba yang diungkapkan sebagai peratusan, Faktor Untung dan sebagainya. Semua nilai mutlak berkaitan dengan akaun anda hanya akan ditunjukkan kepada anda apabila anda log masuk dengan kata laluan anda.





Apakah deposit awal?
Semua Dana Peribadi anda (ekuiti tidak termasuk bonus) dalam akaun yang didaftarkan untuk pertandingan dianggap sebagai deposit awal pada permulaan pusingan.

Untuk mula menyertai pertandingan ini, deposit awal anda mestilah USD 50 atau lebih.
Bolehkah saya mengeluarkan wang daripada akaun pertandingan saya?

Anda boleh mengeluarkan wang daripada akaun pertandingan anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, jika Dana Peribadi anda (ekuiti tidak termasuk bonus) menjadi kurang daripada USD 50 selepas pengeluaran, akaun tersebut tidak layak untuk pusingan pertandingan yang seterusnya.

Bolehkah saya menggunakan bonus deposit jika saya menyertai pertandingan sebenar?

Ya, anda boleh. Tetapi harap maklum bahawa ia tidak memberikan kesan pada statistik anda.

Adakah deposit baru akan menjejaskan Laba saya, jika saya membuatnya pada masa pertandingan?

Tidak. Apabila anda membuat deposit baru ke Akaun Pertandingan, kami menetapkan Laba yang sudah diperoleh dalam akaun ini sebelum deposit tersebut (Laba 1) dan kemudian mula mengira Laba selepas deposit tersebut (Laba 2) sehingga pusingan pertandingan berakhir atau deposit lain dibuat. Oleh itu, volum Laba anda tidak terjejas disebabkan oleh deposit baru.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Laba dan cara ia dikira, baca Peraturan Pertandingan kami.

Apakah platform dagangan yang layak untuk berdagang dalam pertandingan ini?

Hanya MetaTrader 4 dan MetaTrader 5.

Di manakah saya boleh memuat turun platform dagangan?

Anda boleh mendapatkan versi terbaru platform MT4 dan MT5 di Pusat Muat Turun.

Apakah pelayan yang perlu saya gunakan untuk pertandingan ini?

Anda perlu menggunakan pelayan OctaFX-Real.

Adakah saya perlu memuat turun platform dagangan atau bolehkah saya hanya menggunakan versi pelayar?

Versi pelayar boleh digunakan. Anda boleh menggunakan pelayar untuk mengakses dengan segera versi web MT4 atau versi web MT5.

Bolehkah saya berdagang menggunakan telefon pintar saya?

Ya, anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih MT4 atau MT5. Dapatkan pautan muat turun di Pusat Muat Turun. yang perlu saya gunakan untuk berdagang?

Anda perlu menggunakan kata laluan Pedagang anda, bukan kata laluan Pelabur!



Bagaimanakah saya boleh melihat kedudukan pertandingan saya?

Log masuk ke Ruangan Peribadi, dapatkan akaun pertandingan anda dalam senarai Akaun Saya dan klik Statistik peribadi. Atau cari nama panggilan anda di Papan Pendahulu dan klik padanya. Anda akan melihat statistik pertandingan anda dengan kedudukan, untung, rugi, perubahan kedudukan, pencapaian dan sebagainya.

Bagaimanakah saya boleh menyemak pendahulu pusingan semasa?

Hanya lihat halaman Papan Pendahulu.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan keputusan pusingan sebelumnya?

Anda boleh mendapatkan pemenang dan statistik pusingan sebelumnya di Arkib. Anda juga boleh melihat nama pemenang dan membaca kisah kejayaan mereka dalam Berita Syarikat.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan statistik pertandingan untuk peserta lain?

Jika anda tahu nama panggilan mereka, navigasi ke halaman pertandingan Supercharged 2, lihat Papan Pendahulu dan masukkan nama itu dalam bar carian di bahagian bawah.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan peserta terakhir?

Pergi ke Papan Pendahulu dan navigasi ke kedudukan terakhir pada jadual Pendahulu Semasa.

Untuk apa pencapaiannya?

Kami membuat berbagai pencapaian untuk membantu Anda menganalisis kinerja Anda dan menyoroti poin terkuat Anda. Pencapaian Anda tercantum dalam profil trader Anda.





PERATURAN PERTANDINGAN SUPERCHARGED 2


Pengenalan

OctaFX mengadakan pertandingan sebenar baru daripada pencipta 'King of the Road’ dan ‘Supercharged’! Kami telah meningkatkan bilangan hadiah dan peluang anda untuk menang. Hadiah bagi pertandingan ini termasuk: 36 telefon pintar bertaraf tinggi yang disertakan dengan jam pintar, tiga pakej setiap bulan dan selepas dua belas bulan, tiga pemenang akan mendapat kereta mewah bermutu tinggi setiap seorang. Mendaftarlah untuk pertandingan ini, buat deposit ke akaun anda dan berdagang untuk menjadi pemenang!

 

Gambaran Keseluruhan

Tempoh pertandingan: 12 bulan

Tarikh mula: 1 Oktober 2018

Tarikh tamat: 30 September 2019

Tempoh pusingan: 1 bulan

Bilangan pusingan: 12 pusingan

Nama pertandingan ialah ‘OctaFX Supercharged 2’ atau ‘Supercharged 2’. Pertandingan ini dijalankan oleh Octa Markets Incorporated.

Pendaftaran untuk Pertandingan ini ditutup 7 hari sebelum tarikh tamat Pertandingan.

 

Syarat penyertaan

Hanya orang yang berumur sah (18+) boleh mengambil bahagian dalam Pertandingan ini.

Seseorang (selepas ini—’Peserta’) mesti mempunyai akaun sebenar OctaFX untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan ini.

Peserta perlu mendaftar masuk ke dalam akaun baru atau sedia ada untuk menyertai Pertandingan ini.

Peserta perlu mempunyai sekurang-kurangnya USD 50 (atau setara dalam EUR) di dalam akaun mereka (dana bonus tidak diambil kira) atau mendepositkan jumlah ini ke dalam akaun (wang ini boleh dikeluarkan sepenuhnya), serta membuka sekurang-kurangnya satu dagangan untuk mengambil bahagian dalam pusingan yang sedang berlangsung dan kedudukan keseluruhan Pertandingan ini.

Akaun sebenar yang mematuhi syarat (selepas ini—’Akaun Pertandingan’) dianggap akan menyertai Pertandingan ini dan dinilai dari waktu akaun didaftar masuk untuk Pertandingan (bermula dari pusingan yang sedang berlangsung).

Setelah didaftar masuk, Peserta tidak perlu mengulangi prosedur ini untuk pusingan Pertandingan yang akan datang.

Akaun Pertandingan menyertai pusingan yang berikutnya jika Dana Peribadinya (Ekuiti tidak termasuk bonus) sekurang-kurangnya USD 50 (atau setara dalam EUR) (bonus tidak diambil kira) pada waktu pusingan berikutnya bermula.

Jika Dana Peribadi Akaun Pertandingan kurang daripada USD 50 (atau setara dalam EUR), akaun ini tidak boleh menyertai pusingan seterusnya sehingga bakinya mencapai jumlah ini. Namun begitu penarafannya masih dikira dalam kedudukan Pertandingan keseluruhan (tahunan).

Peserta berhak membuka dan membuat deposit ke seberapa banyak Akaun Pertandingan. Ambil perhatian bahawa setiap Akaun Pertandingan ditentukan kedudukannya sebagai peserta yang berasingan! Keputusan bagi akaun yang berbeza tidak boleh digabungkan!

Akaun Pertandingan yang dimiliki oleh seorang Peserta diberikan nombor yang menaik dalam penarafan. Contohnya, Nama_Peserta (1), Nama_Peserta (2), dsb., mengikut susunan kronologi penyertaannya dalam Pertandingan.

Dengan mengambil bahagian dalam Pertandingan ini, Peserta secara tanpa bersyarat bersetuju dengan Peraturan Pertandingan.

 

Syarat dagangan

Semua strategi dagangan dan/atau EA dibenarkan untuk berdagang dengan Akaun Pertandingan.

Akaun sebenar bagi mana-mana jenis (Micro, Pro atau kedua-duanya) boleh mengambil bahagian dalam Pertandingan ini.

Hanya akaun sebenar MetaTrader 4 (Micro) atau MetaTrader 5 (Pro) layak untuk Pertandingan ini.

Mana-mana pelanggaran secara langsung atau tidak langsung terhadap Peraturan ini boleh menyebabkan pembatalan kelayakan akaun daripada Pertandingan ini.

Syarikat berhak menolak atau membatalkan kelayakan mana-mana peserta tanpa menerangkan sebabnya. Sebab pembatalan kelayakan boleh termasuk membuka volum yang besar bagi pesanan yang bertentangan dengan pasangan mata wang yang sama dalam akaun dagangan yang berbeza pada waktu yang kira-kira sama, serta penggunaan kegagalan dalam aliran sebut harga untuk mendapatkan keuntungan yang dijamin atau mana-mana bentuk penipuan yang lain.

Menggunakan beberapa profil yang dibuka di OctaFX adalah dilarang. Jika Syarikat secara munasabah mengesyaki dua profil atau lebih diurus oleh seorang individu, semua akaun dagangan yang dibuka di bawah profil ini akan dihalang daripada Pertandingan.

Syarikat berhak mengubah, mengemas kini atau membatalkan Peraturan promosi ini mengikut budi bicara mereka dengan memberikan notis kepada Peserta dengan cara menyiarkan maklumat tersebut dalam folder Berita Syarikat mereka di laman OctaFX. Syarikat berhak menyelesaikan sebarang kejadian yang tidak diterangkan dalam Peraturan ini mengikut budi bicaranya sendiri.

 



Hadiah pertandingan dan prosedur untuk menentukan pemenang

Pertandingan ini terdiri daripada dua belas pusingan, setiap satu berlangsung selama sebulan kalendar. Pemenang ditentukan dalam tiga kategori pertandingan mengikut keputusan setiap pusingan. Untuk menang, Peserta perlu berada di tempat pertama dalam sekurang-kurangnya satu daripada kategori berikut: Laba, Faktor Untung atau Volum Didagangkan.

Hadiah Utama bagi Pertandingan ini adalah seperti berikut (dengan nilai wang yang setara, jika berkaitan):

Tempat pertama: BMW X5 M (USD 80,000)

Tempat kedua: Lexus GS-F (USD 60,000)

Tempat ketiga: Honda Civic Type R (USD 30,000).

Hadiah Utama diberikan kepada Peserta yang mendapat penarafan tertinggi merentasi semua kategori (Laba, Faktor Untung, Volum Didagangkan) pada sepanjang tahun.

Peserta dianggap sebagai pemenang bagi pertandingan jika jumlah tempat mereka dalam kedudukan tahunan merentasi semua kategori menghasilkan jumlah yang terendah. Sebagai contoh, Peserta yang menamatkan pertandingan pada tempat pertama, kedua dan keempat masing-masing pada kedudukan tahunan bagi setiap kategori (jumlah semua kedudukan: 1+2+4=7) akan diletakkan pada kedudukan yang lebih tinggi dalam kedudukan keseluruhan dan dengan itu menang, jika jumlah kedudukan pesaing mereka lebih daripada 7 (2+3+3, 1+5+2, dsb.). Jika Peserta yang mendahului mempunyai jumlah kedudukan yang sama, pemenang ditentukan dengan kriteria tambahan (lihat Prosedur untuk pengiraan penarafan di bawah).

Hadiah Pusingan bagi Pertandingan ini adalah seperti berikut (dengan nilai wang yang setara, jika berkaitan):

Samsung Galaxy S9+ dan jam pintar Galaxy Gear S3 (USD 1,000)
Apple iPhone 8 dan Apple Watch 3 (USD 1,000)
Huawei P20 PRO dan jam pintar Huawei Watch 2 (USD 1,000).
Nilai wang yang setara dipindahkan ke akaun sebenar pemenang dan boleh dikeluarkan sepenuhnya tanpa had. Hadiah Pusingan diberikan kepada Peserta yang mendapat tempat pertama dalam setiap kategori (Laba, Faktor Untung, Volum Didagangkan) pada bulan tersebut.

Syarikat berhak mengubah hadiah tanpa notis awal.

 

Prosedur untuk pengiraan penarafan bagi setiap kategori

Laba

Laba= (Dana Peribadi + Jumlah Dikeluarkan – Dana Peribadi Apabila Membuat Deposit) / Dana Peribadi Apabila Membuat Deposit × 100%

Dalam persamaan ini, Dana Peribadi ialah ekuiti semasa Akaun Pertandingan tidak termasuk bonus; Jumlah Dikeluarkan ialah jumlah wang yang dikeluarkan daripada Akaun Pertandingan selepas mendaftar masuk untuk pusingan pertandingan atau membuat deposit ke dalam akaun itu; Dana Peribadi Apabila Membuat Deposit ialah ekuiti Akaun Pertandingan (dana bonus tidak diambil kira) pada waktu membuat deposit ke dalam akaun.

Sekiranya Peserta membuat beberapa deposit pada tempoh pusingan itu, jumlah laba dikira sebagai jumlah laba yang berasingan bagi sepanjang tempoh antara deposit:

Laba = Laba 1 (dari deposit Permulaan hingga Deposit 2) + Laba 2 (dari Deposit 2 hingga Deposit 3) + Laba N (Selepas Deposit N).

Apabila Peserta membuat deposit baru ke Akaun Pertandingan, kami menetapkan laba yang sudah diperoleh dalam akaun ini sebelum deposit tersebut (Laba 1) dan kemudian mula mengira laba selepas deposit tersebut (Laba 2) sehingga pusingan pertandingan berakhir atau deposit lain dibuat.

Contoh:

Anda memulakan pertandingan dengan deposit minimum USD 50.

Selepas dua minggu, anda mendapat untung sebanyak USD 300 dan sekarang anda mempunyai USD 350 dalam akaun anda. Pada waktu ini, laba anda ialah (350-50)/50*100%=600%. Kemudian anda membuat keputusan untuk menambah dana (USD 250) ke akaun anda supaya anda boleh mendagangkan volum yang lebih besar. Apabila anda membuat deposit sebanyak USD 250 ini, kami menetapkan laba anda pada 600% (ini ialah Laba 1 anda) dan mula mengira Laba 2 anda. Pada minggu berikutnya, akaun anda telah berkembang dari USD 600 kepada USD 800. Oleh itu, Laba 2 anda pada penghujung tempoh ini ialah (800-600)/600*100%=33.3%. Dan jumlah laba anda pada penghujung tempoh yang sama ialah Laba 1 + Laba 2 = 633.3%.

Faktor Untung

Faktor Untung = Untung daripada Dagangan (dalam USD) / Kerugian daripada Dagangan (dalam USD)

Jika Peserta mempunyai keputusan yang sama, kedudukan mereka ditentukan oleh jumlah dagangan mereka yang menguntungkan—Peserta yang mempunyai jumlah yang lebih besar akan menang. Jika jumlah ini juga sepadan, Peserta yang memerlukan bilangan dagangan yang paling rendah untuk mendapat keuntungan ini akan menang.

Volum Didagangkan
Volum Didagangkan = jumlah volum bagi semua dagangan yang dibuka sepanjang pusingan (Pertandingan).

Jika Peserta mempunyai beberapa akaun, pencapaian mereka tidak digabungkan. Akaun kedua dan berikutnya diberikan penarafan secara berasingan.

Kedudukan keseluruhan = jumlah tempat Peserta merentasi semua tiga kategori dalam kedudukan tahunan.

Pemenang ditentukan oleh nilai kedudukan keseluruhan mereka yang nilai berangkanya paling rendah.

Jika Peserta mempunyai kedudukan keseluruhan yang sama, pemenang ditentukan seperti berikut:

1. Peserta dengan jumlah tempat terendah dari segi nombornya dalam kategori Faktor Untung dan Volum Didagangkan akan menang.

2. Peserta dengan Laba tertinggi akan menang. (Jika jumlah tempat merentasi Faktor Untung dan Volum Didagangkan sepadan.)

Untuk mengira Laba dan Faktor Untung dan menentukan pemenang pusingan, kami menggunakan peraturan berikut:

Untuk mengira Laba dan Faktor Untung dan menentukan pemenang pusingan, kami menggunakan peraturan berikut:

Semua dagangan yang dibuka sebelum pusingan baru bermula dianggap dibuka pada harga pertama yang berkaitan selepas pusingan baru bermula. Dan semua dagangan yang masih dibuka pada penghujung pusingan dianggap ditutup pada harga terakhir yang boleh didapati pada pusingan tersebut. Harap maklum bahawa peraturan ini hanya digunakan untuk menentukan pemenang pusingan dan tidak menjejaskan dagangan anda.

Data kedudukan dikira bagi setiap bulan (pusingan) secara berasingan dengan masa terhad yang ketat untuk pusingan bermula dan berakhir.

Jika Peserta telah merosakkan statistik Pertandingan mereka dengan beberapa dagangan yang tidak berjaya, mereka boleh membuat Cas Semula dan meningkatkan peluang mereka untuk menang. Cas Semula ialah tetapan semula bagi semua keputusan yang dicapai sebelumnya untuk mula mengambil bahagian dalam Pertandingan ini sebagai peserta baru. Untuk melakukan Cas Semula, Peserta perlu log masuk ke Ruangan Peribadi di laman OctaFX, melihat statistik peribadi mereka, klik butang Cas Semula dan pastikan baki akaun dagangan sekurang-kurangnya USD 50 (atau setara dalam EUR) dan dengan itu layak untuk menyertai Pertandingan (jika tidak, depositkan jumlah yang diperlukan untuk layak). Semua data sebelumnya berkenaan baki, dagangan, volum didagangkan, deposit, pengeluaran, kerugian dan keuntungan yang berkaitan dengan akaun ini akan berhenti daripada dikira dalam statistik Pertandingan selepas Cas Semula dibuat (ini tidak menjejaskan akaun itu sendiri atau dagangan yang dibuka). Cas Semula tidak menjejaskan keputusan pusingan sebelumnya, iaitu kedudukan pusingan sebelumnya tidak akan ditetapkan semula walaupun jika pemenang membuat Cas Semula. Peserta layak menggunakan Cas Semula seberapa banyak kali yang mungkin.

 

Pelbagai

Semua Dana Peribadi Peserta (pada permulaan pusingan) dianggap sebagai deposit permulaan.

Keputusan Pertandingan diumumkan tidak lewat dari tujuh hari selepas tarikh tamat Pertandingan.

Keputusan pusingan diumumkan tidak lewat dari tujuh hari selepas tarikh tamat Pusingan.

Pemenang akan dihubungi dalam masa tujuh hari perniagaan selepas tarikh tamat Pertandingan.

Pemenang pusingan berjanji untuk membuat siaran tentang kemenangan mereka di rangkaian sosial dan menyertakan dalam siaran ini pautan terus ke Pertandingan dan hashtag #Supercharged2 dan #OctaFX. Siaran tersebut adalah syarat wajib untuk menuntut hadiah.

Pemenang berjanji untuk mengambil bahagian dalam majlis anugerah dan mana-mana acara PR yang berkaitan dengan Pertandingan ini.

Majlis anugerah akan diterbitkan di laman web OctaFX dan/atau media sosial atau massa yang lain.

Syarikat akan menjalankan pemeriksaan latar belakang terhadap pemenang, kesahan mereka, kesahan maklumat dan kemungkinan pelanggaran. Sekiranya sebarang isu dikesan, Syarikat berhak membatalkan keputusan Pertandingan.

Pemenang mesti memberikan set dokumen asli yang lengkap (pasport atau ID lain yang mengesahkan tempat tinggal pemenang) sebelum menuntut hadiah. ID mestilah sah.

Dalam keadaan yang luar biasa, wang yang setara dengan hadiah boleh dibayar ke akaun dagangan atau akaun bank pemenang.

Peserta boleh memenangi tidak lebih daripada 4 hadiah pusingan dalam Pertandingan ini. Peserta yang menang dalam beberapa kategori dalam satu pusingan (termasuk jika Peserta itu menang di bawah Akaun Pertandingan yang berbeza) akan menerima bilangan hadiah pusingan yang berpadanan untuk pusingan ini.

Peserta yang menang untuk kali kelima atau lebih dalam kedudukan kategori akan diberikan bayaran tunai sebanyak 20% daripada nilai wang hadiah dan hadiah sebenar akan diberikan kepada Peserta di kedudukan kedua dalam kategori tersebut.

Peserta tidak boleh memenangi lebih daripada satu Hadiah Utama. Jika beberapa akaun dagangan dikawal oleh Peserta yang sama layak untuk Hadiah Utama, Syarikat akan memberikan pedagang hadiah yang paling berharga yang mereka layak. Peserta pada kedudukan seterusnya selepas peserta yang paling berjaya akan menerima baki hadiah.

Semua foto dan/atau imej hadiah yang digunakan dalam iklan Pertandingan, sepanduk promosi dan bahan promosi yang lain adalah bagi tujuan maklumat sahaja. Hadiah sebenar mungkin kelihatan berbeza.

Semua hadiah akan dihantar ke lokasi pemenang. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap syarat penghantaran melalui pos atau perkhidmatan kurier, atau terhadap kemungkinan kehilangan hadiah semasa penghantaran yang disebabkan oleh pihak ketiga. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang caj cukai yang mungkin ditanggung oleh pemenang di bidang kuasa mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai harta, cukai kenderaan, cukai jalan dan bayaran lain).

Jika pemenang tidak dapat menerima hadiah tersebut, perjanjian amanah boleh dikuatkuasakan untuk orang lain melalui surat kuasa wakil.

Syarikat menghargai privasi pelanggan dan memahami bahawa anda mungkin tidak mahu berkongsi maklumat kewangan anda termasuk jumlah deposit, volum dagangan, dana peribadi atau sebarang parameter lain. Anda boleh mengurus kebolehlihatan parameter ini dengan mudah apabila anda mendaftar untuk Pertandingan ini.

Syarikat berhak mengubah terma dan syarat promosi tanpa notis awal.

Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap pincang tugas teknikal dan/atau gangguan dalam sambungan Internet di pihak pelanggan atau perkhidmatan pihak ketiga, yang boleh secara langsung atau tidak langsung menjejaskan penyertaan peserta dalam Pertandingan ini.

Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan atau gangguan operasi perkhidmatan atau penghantaran data, atau kegagalan prestasi dalam sistem OctaFX, tanpa mengambil kira sebabnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada pincang tugas perkakasan atau perisian, atau gangguan dalam operasi sistem OctaFX.

Sebarang pertikaian yang timbul daripada Pertandingan ini dan keputusannya adalah tertakluk pada penyelesaian melalui perundingan.

Jika pemenang Pertandingan enggan mematuhi Peraturan Pertandingan atau sebarang peruntukannya, Peserta akan dihalang daripada Pertandingan ini.

Versi Bahasa Inggeris Peraturan ini akan diutamakan. Sebarang terjemahan bagi Peraturan Pertandingan, halaman Pertandingan dan statistik hanyalah sebagai rujukan. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara Bahasa Inggeris dan versi lain bahan ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini