Pengukuhan dolar AS bendung permintaan ringgit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Pengukuhan dolar AS bendung permintaan ringgit



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurun semalam untuk dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini.

Ia berikutan pengukuhan minat terhadap dolar AS di tengah-tengah kenaikan harga minyak, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1400/1440 berbanding 4.1380/1420 penutup Isnin.

Ketua Dagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes, berkata pengukuhan dolar AS dan pulangan bon AS yang lebih tinggi menarik turun sentimen tempatan.

Katanya, Indeks Harga Pembuatan China yang lemah daripada jangkaan turut menjadi faktor melemahkan sentimen.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0164/0195 daripada 3.0198/0238 Isnin dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7921/7979 daripada 4.8059/8118.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.6332/6370 daripada 3.6295/6340 dan lebih lemah berbanding pound British kepada 5.3990/4046 daripada 5.3976/3049.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini