Peraturan sewaktu pemilihan idea dagangan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Peraturan sewaktu pemilihan idea dagangan



Bagaimanakah cara untuk memilih sistem dagangan

Harga instrumen kewangan bergerak dalam kadar yang tidak boleh dijangka. Trend tidak member jaminan bahawa harga tidak akan berpatah arah untuk sesi yang seterusnya atau harga akan mencapai paras tertentu.

Situasi dimana anda boleh meramal kemungkinan besar harga akan menaik atau menurun sesuatu instrumen, di panggil teknik dagangan. Ianya ialah satu ramalan, berdasarkan pengenalpastian berita fundamental dimana anda tahu reaksi pasaran terlebih dahulu.

Sebagai contoh, paparan untuk indicator makro ekonomi, apabila diketahui terlebih dahulu bahawa kadar faedah akan meningkat, atau pemilihan presiden, muncul maklumat dari pihak dalam.

Teknik dagangan yang berstruktur termasuklah:

Point masuk/keluar. Sebagai contoh, pembelian aset selepas berita dikeluarkan (atau sebelum)
Arah dagangan anda (beli/jual)
Peraturan untuk mengurangkan kadar kerugian – harga dimana posisi dagangan akan ditutup
Peraturan keuntungan atau cara untuk mengikut keuntungan - breakeven (menggerakkan keuntungan, untuk memastikan terdapat keuntungan sekiranya harga berpatah arah).

Kawan atau Lawan
Pada abad ke 21 ini, pedagang dicabar hebat dengan maklumat yang terlampau banyak. Setiap broker, penerbit bisnes, dan blogger mencadangkan berjuta idea dagangan, member alasan untuk setiap ramalan dan tawaran.

Sains perdagangan mengajar pedagang untuk berfikir sendiri berbanding mengikut tips yang diberikan oleh orang lain. Pedagang yang berpengalaman setuju dengannya, kerana mereka tidak perlu melihat pandangan orang lain. Tapi apakah yang perlu dilakukan oleh pedagang baru, yang tidak berpengalaman ini ikut? Apabila pedagang kekurangan kemahiran, mereka terlepas point masuk, keluaran berita; yang mereka langsung tidak faham dan masih tidak boleh membuat unjuran yang tepat.

Dari permulaan lagi, seorang pedagang perlu mencari sumber yang sahih dan boleh dipercayai mengenai idea dan taktik dagangan seperti cadangan yang lengkap (point masuk/keluar, stop losses). Adalah lebih baik untuk mencari cadangan, yang sedikit latihan, yang akan merungkai dan menjelaskan mengenai fakta bahawa analisi adalah berdasarkan scenario dagangan tertentu.

Jika system dagangan di jelaskan secara terperinci, ia adalah termasuk unsur pembelajaran, mengurangkan tanggungjawab pemula untuk berdagang, mengurangkan tekanan psikologi, dan seterusnya membantu aset baharu ini.



Walaubagaimanapun, anda seharusnya tidak mengikut petua yang diberikan secara membuta tuli, yang ditawarkan oleh penganalis atau syarikat dengan serta merta. Lihat rekod maklumat dan keberkesanan cadangan analisis mereka terlebih dahulu. Anda tidak seharusnya percaya apa apa, sekiranya ia melibatkan pelaburan yang nyata. Jika anda tidak dapat menyemak ketepatan sesuatu ramalan, anda bleh mencari penasihat lain, kerana terdapat ramai di dalam dunia pasaran kewangan ini.

“Fundamental dibuktikan dengan menggunakan Teknikal ”
Analisis fundamental dan teknikal kebiasaannya dipisahkan sebagai dua sains yang berbeza, walaupun ianya ialah dua pecahan yang sama. tiada sesiapa pun yang belajar geometri berasingan dari matematik, namun pedagang kebiasaannya hanya menggunakan analisis asas atau teknikal sahaja.

Kedua dua pihak berbalah mengenai kebaikan satu jenis analisis lebih daripada yang lain menyediakan bukti ramalan yang tepat berdasarkan analisis fundamental atau teknikal sahaja. Dalam 90% kes, dalam kepentingan berita fundamental, carta harga mencecah paras harga teknikal dan corak yang penting muncul.

Satu analisis adalah mustahil tanpa yang lain. Anda seharusnya menggunakan peraturan ini untuk menguji idea dagangan. Jika ianya berdasarkan analisis fundamental, analisis teknikal akan menunjukkan point kemasukan. Jika didalam analisis teknikal pula, analisis fundamental akan mencadangkan waktu yang tepat untuk masuk berdagang. Jika idea dagangan tidak dibuktikan dua kali (oleh kedua dua faktor teknikal dan fundamental) ianya adalah menjurus kearah yang salah.




Pemilihan dari kepelbagaian idea dagangan
Terma idea dagangan di aplikasikan untuk dagangan jangka masa panjang dan sederhana. Kesilapan seperti strategi ialah jumlah dagangan yang sedikit dan idea.

Untuk mengelakkan sesi dagangan tanpa idea, pedagang meningkatkan beban, dan memperbanyakkan senarai instrumen dagangan mereka.

Ini akan menyebabkan lebih dari satu idea dagangan pada permulaan sesi, dan tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan wang, dan mereka perlu memilih dagangan mana yang perlu diteruskan dan dagangan mana yang perlu dilepaskan.

Kriteria yang mudah untuk pemilihan ialah dengan cara sejauh mana anda mengenali instrumen dagangan tersebut. Setiap pedagang mempunyai aset, dimana mereka memulai dagangan, menuba strategi berbeza dan mengetahui bagaimana harga bergerak dalam sejarah quotes. Pengetahuan ini akan membantu anda secara objektif untuk menilai yang manakah idea dagangan yang menguntungkan. Oleh itu, pilihan anda haruslah berdasarkan sejauh mana anda memahami peralatan dagangan tersebut.

Paras high dan low tahunan – penganalisis pasaran dan akhbar kewangan sentiasa menekankan apabila sesetengah aset mencapai paras historical.

Kebiasaannya, pada waktu tersebut, quote akan melantun balik, harga tidak akan mencapai paras tersebut dengan serta merta. Hal ini jarang sangat terjadi. Sekiranya dagangan anda berkaitrapat dengannya, anda sebaiknya mengutamakannya berbanding dagangan yang lain.

Terdapat teknik yang sama dengan aset, selari dengan industri yang sama. contohnya pair matawang major, logam atau sumber tenaga.

Pedagang perlu memilih teknik ini sekiranya:

Terdapat situasi arbitrage yang berkaitrapat dengan aset yang mencadangkan arah dagangan yang terbalik (satu beli dan satu lagi jual) selepas carta harga berpecah (tiada persamaan, instrumen dagangan bergerak kearah bertentangan dengan posisi dagangan yang dibuka);
Idea dagangan mencadangkan posisi yang sama arah untuk aset yang berkait itu. Sebagai contoh, apabila pasangan matawang EUR/USD, AUD/USD, GBP/USD memberikan signal beli, pautan global antara pasaran dengan pengaruh ekonomi sejagat U.S boleh membuat pasangan matawang tersebut termasuk USD mencapai paras penting tadi secara serentak. Kebetulan ini boleh dijadikan sebagai filter untuk membolehkan dagangan menjadi lebih selamat.
Idea dagangan ini menjelma untuk asset dan mencadangkan untuk menutup jurang (gap)
Dalam sebarang jenis industri, terdapat ketua – iaitu instrumen yang mempunyai perolehan duit dalam jumlah yang besar, berbanding aset yang mengikut trend dan arah.

Untuk logam, ianya ialah emas dan untuk pasangan matawang ianya ialah EURUSD. Contoh yang baik ialah bagaimana idea untuk mengecilkan jurang (gap) dalam matawang GBPUSD, dimana ia menjunam lebih dalam berbanding pasangan matawang major yang lain selepas Brexit.



Teknik dagangan, berdasarkan maklumat orang dalam, dimana ia akan memberi kesan yang besar kepada pasaran telah diketahui oleh pedagang sebelum pengeluaran rasmi, dijanjikan akan memberi 100% kelebihan berbanding yang lain.

Berurusan dengan orang dalam adalah salah disisi undang undang dan dikelaskan sebagai kesalahan jenayah dalam dunia kewangan. Namun, pedagang boleh mendapatkan maklumat ini secara sah, iaitu dengan cara analisis.

Contoh dagangan yang sebenar ialah dengan cara scalping sewaktu campur tangan central bank. Setelah mempelajari indicator ekonomi sesebuah Negara, menganggarkan campur tangan dan arah pasaran, pedagang perlu menunggu “jumlah yang besar didalam pasaran” untuk mendapatkan signal tersebut. Sewaktu pedagang lain tertanya Tanya mengapakah jumlah dagangan menjadi besar, pedagang tersebut akan membuat keuntungan yang nyata. Campur tangan tersebut adalah sangat cepat, dan central bank kebiasaannya mensasarkan pergerakan harga sejauh yang mungkin dalam jangka masa yang singkat.

P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini