Perdagangan trend vs perdagangan melawan trend - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Perdagangan trend vs perdagangan melawan trend


Salah satu prinsip analisis teknikal adalah bahawasanya harga bergerak di dalam trend. Setiap trend terdiri dari beberapa tempoh bila mana harga-harga bergerak mengikut arah trend ini dan tempoh-tempoh pembetulan yang lebih singkat dan melawan arah trend.Strategi mengikut trend bermaksud seorang pedagang membuka posisi dalam arah gerakan trend utama.

Dalam lain perkataan, membeli dalam situasi uptrend dan menjual dalam situasi downtrend. Masa terbaik untuk memasuki pasaran berdasarkan pendekatan ini adalah sewaktu pembetulan sudah di penghujung dan trend utama berlanjutan semula. "Buw low and sell high" adalah mantera kegemaran para pedagang.Para pedagang lawan trend tidak mahu menunggu sehingga pembetulan selesai berlalu.

Jika pasaran sedang uptrend, mereka akan menjual bila harga berpatah balik dari rintangan dan tetapkan sasaran berhampiran sokongan. Mereka dimotivasikan dengan tanggapan bahawa harga sudah pun terlalu tinggi, jadi mahu tidak mahu ia memang harus turun juga.Ada pendekatan-pendekatan ini mempunyai risiko yang sama atau berbeza? Yang manakah yang boleh menawarkan pedagang keuntungan yang lebih besar?

Perdagangan Trend

Kebanyakan pedagang boleh menentukan trend semasa. Bahagian yang sukar adalah memutuskan bagaimana hendak bertindak. Mari kita teruskan dengan contoh uptrend. Perdagangan trend bererti sama ada anda akan membeli di aras sokongan atau ketika rintangan bolos ditembusi. Dalam kes yang pertama, anda akan menggunakan instrumen seperti garisan trend dan pengunduran Fibonacci. Dalam kes yang kedua, anda boleh menggunakan penerusan pola carta seperti segitiga, bendera (flags) dan baji (wedges).



Sesetengah pedagang akan membeli di titik 1 (aras sokongan garisan trend dan pengunduran Fibonacci) atau 2 (penerobosan pola "Flag"), sesetengahnya akan menantikan titik 3 (penembusan ke atas harga tinggi sebelumnya). Tentu sekali, lebih rendah aras di mana anda membeli, lebih besar potensi keuntungan anda.

Ambilan untung. Anda boleh tetapkan sasaran keuntungan anda di harga tinggi sebelumnya bagi uptrend tersebut (harga rendah jika downtrend) atau aras-aras yang lebih jauh dari itu jika anda lebih yakin dengan dagangan anda.

Renti rugi (stop loss). Sila maklum bahawa bila anda menunggang suatu trend, anda boleh menggunakan trailing stop (rentian mengekor) yang mengikut trend tersebut. Namun awas, mungkin tidak mudah untuk menentukan di mana renti rugi harus dipindahkan.

Pembetulan (correction) yang mungkin lebih dalam akan membuatkan pasaran menyapu renti rugi anda dan menutup pesanan anda.Scaling in (membesarkan skala). Pedagang dibenarkan untuk menambah posisi bila anda sedang mengikut trend jika pasaran sudah pun bergerak searah dengan anda dan dagangan anda sudah berada dalam keadaan menguntungkan. Dengan cara ini potensi keuntungan anda meningkat. Jangan lupa untuk laras pengurusan risiko anda jika anda melakukan ini. Anda juga boleh merancang untuk mula dengan dagangan yang lebih kecil dari biasa (sebagai contoh, beli di titik 1) dan kemudian besarkannya bila harga naik lebih tinggi dari titik 2. Taktik ini akan mengecilkan risiko anda.

Perdagangan lawan trend

Strategi-strategi melawan trend menyasarkan untuk menentukan titik di mana trend berpatah arah. Para pedagang yang menggunakan pendekatan ini mendapatkan petunjuk dari pola-pola candlestick pembalikan (pin bars, evening/morning stars, dsb.). Mereka juga menggunakan osilator seperti MACD atau RSI untuk melihat sama ada pasaran sudah terlebih dibeli/jual dan jika ada capahan (divergence) antara harga dan indikator. Jika tanda-tanda ini ada, para pedagang membuka posisi melawan trend sebelumnya.

Seseorang pedagang boleh sahaja memutuskan untuk menjual di titik 1 bila harga telah membentuk candlestick dengan bayang/jambul yang panjang (petunjuk negatif) dan indikator MACD tidak mengesahkan harga tinggi.

Ambilan untung. Mencari tempat untuk meletakkan ambilan untung bila anda berdagang melawan trend adalah lebih sukar. Cabarannya adalah untuk tidak jadi tamak. Ingat, anda bertaruh melawan pasaran. Sesetengah trend boleh bertukar menjadi menjajar (sideways) dan ini menghadkan keuntungan suatu posisi yang melawan trend. Trend asal juga boleh bersambung semula dengan pantas dan ini tidak membenarkan harga dibetulkan dengan banyak. Kesannya, berhati-hatilah dan uruskan risiko anda.

Renti rugi. Lokasi untuk pesanan renti rugi (stop loss orders) bagi dagangan seperti ini mudah. Para pedagang meletakkan renti rugi mereka di belakang titik ekstrem harga, tempat pembetulan bermula. Renti rugi cenderung lebih kecil dari yang anda biasa gunakan bila berdagang menumpang trend.

Scaling in (membesarkan skala). Bila anda berdagang melawan trend, bermain-main dengan saiz posisi bukanlah idea yang bijak. Dagangan ini mampu berakhir singkat, jadi anda berisiko berada di situasi yang kurang menyenangkan jika anda cuba menokok dagangan. Juga jangan pernah menokok posisi yang kerugian kerana ia boleh menjerumus kepada kerugian yang lebih besar lagi.

Kesimpulan

Seperti yang anda dapat lihat, kedua-dua pendekatan mempunyai sifatnya yang tersendiri. Kedua-duanya boleh menghasilkan signal yang baik, tetapi setiap satu menuntut strategi pengurusan risiko yang tersendiri. Prinsip yang selalu dipegang oleh para pedagang adalah bahawasanya berdagang melawan trend memerlukan lebih banyak pengalaman dan para pemula harus bermula dengan menumpang trend. Berlatihlah dan lihat yang mana lebih sesuai dengan anda!

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini