Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan kadar faedah dan dolar AS yang mengukuh, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan mencatatkan 4.1470/1500 berbanding 4.1440/1490 pada penutupan Jumaat.

Seorang peniaga berkata, persekitaran luaran tidak memihak kepada kepada mata wang Asia, termasuk nota tempatan.

“Ketegangan perdagangan AS-China hampir mustahil untuk memberi keyakinan kepada peningkatan harga. dengan permintaan terhadap ringgit berkurangan menjelang pembentangan belanjawan akan datang,” katanya.

Peniaga itu berkata, walaupun perdagangan tetap menggalakkan disebabkan harga minyak, pertumbuhan domestik yang perlahan boleh menjadi ringgit negatif kerana ia boleh mencetuskan pendirian memihak kepada kadar faedah rendah oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Minyak mentah Brent diniagakan pada AS$83.20 setong, turun 1.14 peratus.

Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia menurun berbanding dolar Singapura kepada 2.9981/0014 daripada 2.9975/3.0022 pada Jumaat dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6425/6461 daripada 3.6383/6443.

Nota tempatan merosot berbanding euro kepada 4.7773/7816 daripada 4.7639/7714, dan rendah berbanding pound British kepada 5.4409/4456 daripada 5.4017/4091.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini