Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring dengan kebanyakan mata wang serantau lain, berikutan minat belian terhadap mata wang negara maju itu, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.1450/1490 berbanding dolar AS daripada 4.1370/1410 yang direkodkan pada Rabu.

Laporan berita mengenai dolar AS mengukuh selepas AS mencatatkan data ekonomi yang teguh serta ulasan positif daripada Rizab Persekutuan AS menyebabkan aliran keluar serantau berterusan.

Penurunan harga minyak mentah turut menjejaskan prestasi ringgit dengan minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras diniagakan sekitar AS$86.13 setong.

Sementara itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0023/0059 daripada 3.0092/0132 pada Rabu dan meningkat berbanding yen kepada 3.6252/6296 daripada 3.6344/6382.

Unit tempatan turut stabil berbanding euro kepada 4.7647/770 daripada 4.7853/7916 semalam namun susut berbanding pound Britain kepada 5.3802/387 daripada 5.3798/3870.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini