Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan yang lebih baik terhadap mata wang asing itu, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1550/1600 berbanding dolar AS daripada 4.153 /1560 pada Isnin.

Ketua PerdaganganAsia Pasifik OANDA ,Stephen Innes berkata, selepas pasaran ekuiti AS mencatat kerugian semalaman, pasaran ekuiti serantau didagangkan dengan lebih baik tetapi berhati-hati.

“Pelabur telah kembali membuat pembelian ketika harga murah, dibantu oleh penutupan kedudukan pendek,” katanya.

Innes berkata,sesi dagangan Asia yang lebih tenang bagaimanapun, mungkin mendorong peniaga untuk menjadi penjual daripada menjadi pembeli.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9959/9999 daripada 2.9979/3007 pada Isnin tetapi jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.6724 6785 daripada 3.6639/6668.

Mata wang tempatan itu menokok berbanding euro kepada 4.7575/7640 daripada 4.7647/7694 dan menambah berbanding pound Britain kepada 5.4190/4259 daripada 5.4242/4302 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini