Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama kecuali dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah kebimbangan geopolitik berhubung Laut China Selatan.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1820/1850 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1840 penutup Selasa.

Peniaga berkata, ketegangan berhubung Laut China Selatan meningkat sejak kenyataan Presiden Xi Jinping minggu lalu, yang berkata negara itu memberi tumpuan dalam membuat persediaan ketenteraan menghadapi peperangan di wilayah Guangdong.

"Ketegangan meningkat dan kenyataan terbaharu oleh AS berhubung perang perdagangan dengan China memburukkan lagi keadaan," katanya kepada BERNAMA.

Harga minyak mentah yang semakin lemah menyebabkan ringgit susut dengan penanda aras Brent mencatat AS$76.31 satu tong berbanding AS$76.77 satu tong semalam.

"Selain harga minyak lebih rendah, pelabur juga menanti pembentangan Bajet 2019 Jumaat ini. Sehingga itu, permintaan bagi ringgit akan terus berkurangan," kata peniaga.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding mata wang utama lain.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0180/0212 daripada 3.0194/0236 Selasa, mengukuh berbanding euro kepada 4.7424/7475 daripada 4.7497/7560.

Ia menokok berbanding pound British kepada 5.3128/3187 daripada 5.3349/3417 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6930/3960 daripada 3.7050/7095. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini