Ringgit rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikuran sentimen negatif yang didorong oleh ketidaktentuan dalam pasaran global, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1580/1600 daripada 4.1515/1545 yang dicatatkan semalam.

Seorang peniaga berkata, sentimen itu turut dijejaskan oleh harga minyak global yang didagangkan pada US$81.87 setong hari ini iaitu susut 1.47 peratus berbanding semalam.

“Selain dolar AS, ringgit juga​​​ ​​diniagakan rendah berbanding mata wang negara sedang membangun lainnya,” katanya.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0124/0143 daripada 3.0016/0048 pada Rabu dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.7052/7080 daripada 3.6668/6704, semalam.

Ia juga susut berbanding euro kepada 4.8054/8094 daripada 4.7688/7731 semalam dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.4873/4916 berbanding 5.4601/4657, sebelum ini. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini