Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini kerana pasaran baru muncul terkesan akibat turun naik menjelang Sidang Kemuncak G20 yang akan berlangsung di Buenos Aires, hujung minggu ini.

Sidang kemuncak berkenaan akan menjadi fokus antara Amerika Syarikat (AS) dan China untuk membincangkan persengketaan perdagangan antara mereka.

Pada 9.00 pagi, ringgit adalah 4.1920/1960 berbanding dolar AS daripada 4.1880/1920 pada Selasa.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata Presiden AS, Donald Trump, dan Presiden China, Xi Jinping, akan menghadiri majlis makan malam pada Sabtu, di luar Sidang Kemuncak berkenaan yang akan menjadi saat penting berhubung peningkatan ketegangan perdagangan kedua-dua negara.


“Komen Trump berhubung mesyuarat berkenaan menyebabkan pelabur berada dalam situasi yang agak sulit,” katanya kepada Bernama.

Penasihat ekonomi Trump, Larry Kudlow, dipetik sebagai berkata bahawa, Presiden AS itu berharap akan ada kejayaan dengan Xi, tetapi bersedia untuk mengenakan lebih tarif jika perbincangan itu tidak memberikan sebarang perkembangan.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama

Ia meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.0412/0448 daripada 3.0440/0474 pada penutup Selasa, meningkat berbanding yen kepada 3.6846/6885 daripada 3.6853/6898 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7311/7373 daripada 4.7366/7420 semalam.

Ia susut sedikit berbanding pound British kepada 5.3398/3453 daripada 5.3393/3461 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini