Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS


laKUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan pengambilan untung terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.

Pada 9.09 pagi, ringgit berada pada 4.1890/1920 berbanding dolar AS daripada 4.1920/1960 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata, peningkatan dolar AS terhenti berikutan ia susut daripada paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan yang dicapai pada awal minggu ini.


Bagaimanapun, ini dijangka sementara, berikutan ekonomi AS yang kukuh dan kenaikan kadar faedah.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0381/0405 daripada 3.0285/0333 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.6762/6795 daripada 3.6733/6781.

Ia rendah berbanding pound British kepada 5.4470/4525 daripada 5.4022/4099 dan susut berbanding euro kepada 4.7344/7395 daripada 4.7097/7146.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini