Ringgit rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal sesi hari ini berikutan permintaan yang lebih lemah, apabila peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan dasar monetari.

Pada 9.11 pagi, ringgit berada pada 4.1800 / 1850 berbanding dolar AS daripada 4.1780 / 1810 yang direkodkan pada Jumaat.

Peniaga berkata, sentimen belian untuk ringgit lemah selepas Fed mengesahkan rancangan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada Disember, serta dua lagi kenaikan kadar potensi pada pertengahan 2019.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.0310 / 0357 daripada 3.0315 / 0341 pada Jumaat dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.6680 / 6733 daripada 3.6685 / 6714.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4093 / 4162 daripada 5.4343 / 4386 dan meningkat berbanding euro pada 4.7343 / 7403 daripada 4.7362 / 7413.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini