Seminar FXTMPartners memberikan gambaran mendalam kepada pelabur di Kuching, Malaysia


Para pelabur di Kuching, Malaysia didedahkan dengan sesi seminar dua hari yang sarat dengan maklumat dalaman dagangan pada 13 dan 14 Oktober lalu, yang ditaja oleh FXTMPartners. Pedagang dari dalam dan luar negeri Sarawak telah berkumpul di Waterfront Hotel sempena menghadiri pembentangan menarik daripada pakar forex.

Dua hari tersebut telah berjalan dengan begitu lancar! Para hadirin telah didedahkan mengenai cara strategi BBMA berfungsi dan mengetahui cara bagaimana mereka dapat memanfaatkan strategi tersebut terhadap dagangan mereka sendiri. Sesi Soal Jawab bermaksud semua orang berupaya untuk menyegarkan pengetahuan baru mereka dan mendapatkan jawapan terperinci terhadap semua persoalan mereka. Para peserta juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelbagai pilihan kaedah deposit dan pengeluaran serta program salin dagangan, FXTM Invest.

Bagi pihak FXTMPartners, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menghadiri dan menjayakan semua seminar pada kali ini! Kami terus berharap untuk menganjurkan lebih banyak acara seperti ini di masa akan datang sebagai sebahagian daripada misi kami untuk meluaskan pengetahuan forex ke seluruh dunia.

Layari halaman seminar FXTM untuk kekal maklum dengan acara yang akan datang di kawasan anda.

Adakah anda berdagang dengan broker yang memenangi anugerah global? Buka akaun FXTM anda sekarang.








Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini