Pengambilan untung lemahkan ringgit di awal dagangan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Pengambilan untung lemahkan ringgit di awal dagangan



KUALA LUMPUR: Ringgit menyongsang kenaikan semalam untuk didagangkan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini disebabkan aktiviti pengambilan untung.

Pada 9.18 pagi, ringgit berada pada 4.1800/1850 berbanding dolar AS daripada 4.1780/1820 penutup semalam.

Sementara itu, peniaga berkata peserta pasaran akan memantau hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 18-19 Disember, bagi mendapatkan petunjuk berhubung kenaikan kadar faedah bagi tahun depan.

“Kenyataan yang bulis daripada Rizab Persekutuan akan memberikan lebih tekanan kepada mata wang negara membangun, termasuk ringgit,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding mata wang utama lain, kecuali yen yang mana susut pada 3.6828/6882 daripada 3.6817/6859 semalam.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0458/0496 daripada 3.0479/0519, mengukuh berbanding pound British kepada 5.2823/2890 daripada 5.2902/2957 dan menokok berbanding euro kepada 4.7481/7550 daripada 4.7533/7587.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini