Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat belian baharu terhadap unit tempatan itu ditengah-tengah situasi penutupan sebahagian daripada operasi kerajaan Amerika Syarikat, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.1750/1790 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1860 pada Isnin.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti umum menyambut Hari Natal.

Di pasaran tempatan, Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata ringgit tidak dijangka mencatatkan sebarang kemajuan ketara menuju ke Tahun Baru kerana sentimen risiko masih kekal lemah.

“Ini disebabkan oleh dagangan harga minyak yang rendah dan pasaran masih bimbang dengan pertumbuhan global yang mencetuskan penjualan besar-besaran ekuiti global,” katanya.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0441/0486 daripada 3.0451/0484 pada Isnin dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.7755/7802 daripada 3.7651/7681 sebelumnya.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.2981/3040 daripada 5.2907/2957 pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.7528/7578 daripada 4.7661/7704.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini