Ringgit ditutup tinggii - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggii



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan pasaran terus didorong oleh tanda-tanda positif mengenai perdagangan AS-China, kata Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1780/1820 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1860 semasa ditutup semalam.]

Innes berkata, walaupun terdapat kemajuan dalam pertikaian antara dua blok ekonomi ini, terlalu awal untuk optimis mengenai pengakhiran segera kepada ketegangan ini.

“Hari ini, peningkatan dicatatkan di pasaran ekuiti Asia berikutan pelabur mengambil unjuran yang lebih positif mengenai perdagangan AS-China.

“China dilaporkan mempertimbangkan mengkaji semula program “Made in China 2025”, kemungkinan tidak meneruskan perancangan untuk menguasai pembuatan global, memberi isyarat positif kepada pasaran Asia,” katanya.

Berbanding mata wang utama, ringgit merosot kepada 5.2902/2957 daripada 5.2434/2501 berbanding pound semalam dan susut berbanding euro kepada 4.7533/7587 daripada 4.7398/7471 pada Rabu.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0479/0519 daripada 3.0462/0509 pada Rabu, bagaimanapun naik berbanding yen kepada 3.6817/6859 daripada 3.6858/6912 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini