Ringgit kekal lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)



KUALA LUMPUR: Ringgit kekal lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut hari ini, berikutan dolar AS yang lemah merangsang permintaan terhadap mata wang yang lebih selamat dan juga mata wang pasaran membangun, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1600/1630 berbanding dolar AS daripada 4.1660/1700 penutup Khamis.

Peniaga berkata, satu lagi sesi dagangan yang tidak menentu di Wall Street malam tadi, berikutan kebimbangan berhubung pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dan pasaran ekuiti yang tidak stabil, meletakkan dolar dalam tekanan.

"Sentimen pelabur dalam kelas aset berisiko berkurangan dan ini memberikan kelebihan kepada mata wang lain, terutamanya mata wang lebih selamat seperti yen dan mata wang pasaran membangun," katanya kepada BERNAMA.

Katanya, keuntungan di pasaran tempatan sebahagiannya dibantu oleh pemulihan harga minyak, dengan minyak mentah Brent melonjak 2.56 peratus kepada AS$54.08 setong (semasa waktu Asia).

Pada pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding yen Jepun kepada 3.7521/7559 daripada 3.7576/7618 Khamis dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2599/2641 daripada 5.2600/2667.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0341/0374 daripada 3.0329/0369 dan lebih lemah berbanding euro kepada 4.7599/7650 daripada 4.7459/7521.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini