Ringgit mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan peningkatan harga minyak global melonjakkan sentimen belian terhadap mata wang tempatan.

Pada 9.14 pagi ringgit berada pada 4.1790/1840 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1860 penutup semalam.

Peniaga berkata, harga minyak global pulih sedikit berikutan peserta pasaran menjangka pemotongan bekalan tahun depan yang diterajui Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dapat menstabilkan pasaran.

“Pengukuhan harga minyak dilihat positif bagi pendapatan minyak dan gas Malaysia,” katanya.

West Texas Intermediate (WTI) menokok satu peratus kepada AS$52.15 satu tong.

Sementara itu, ringgit juga mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0444/0485 daripada 3.0473/0506 semalam dan menokok berbanding yen pada 3.6832/6886 daripada 3.7008/7038.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.2238/2317 daripada 5.2773/2827 dan menokok berbanding euro pada 4.7344/7413 daripada 4.7603/7653.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini