Ringgit mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini disebabkan dolar AS yang lebih lemah meningkatkan permintaan terhadap mata wang negara membangun, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1750/1790 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1860 penutup Isnin.

Pasaran tempatan ditutup semalam bagi sambutan Hari Natal.

Peniaga berkata, dolar AS mendapat tekanan berikutan Washington berhadapan penutupan sebahagian daripada jentera pentadbirannya, selain konfrontasi terbuka antara bank pusat dan Rumah Putih.

Pada pembukaan, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0423/0459 daripada 3.0451/0484 Isnin dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7599/7649 daripada 4.7661/7704.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih lemah berbanding yen kepada 3.7738/7785 daripada 3.7651/7681 dan susut berbanding pound kepada 5.2997/3052 daripada 5.2907/2957 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini