Dagangkan Saham Secara Online - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Dagangkan Saham Secara Online



Sejak dari era permulaan Bursa Saham New York mencetus fenomena perdagangan saham di seluruh dunia lagi, para pelabur sudah tertarik dengan imej kejayaan yang menggoda. Hollywood pula mempromosikan karakter-karakter idealis yang bermula sebagai budak penjual akhbar dan berakhir sebagai billionaire yang dilimpahi dengan kemewahan.

Di pertengahan abad ke-20, media menggambarkan para pelabur, pedagang dan broker sebagai golongan kelas atasan yang serius, dan mempunyai ilmu-ilmu rahsia yang membawa mereka ke dunia serba mewah, berpengaruh dan berkuasa.

Bayangkan bagaimana masa telah berubah. Kini pasaran lebih terbuka dari segi jantina, geografi dan sosial. Anda tidak perlu menjadi graduan dari universiti kewangan yang elit, meletakkan diri anda dalam satu persekitaran yang penuh stres atau menghabiskan masa mempelajari pola-pola carta. Gambaran seorang pedagang hari ini lebih pelbagai. Dia mungkin seorang pelajar, atau ibu beranak tiga, pesara guru atau barangkali seorang boss wanita yang dihormati dan sedang di puncak kariernya. Anda boleh mulakan kembara perdagangan anda di sebuah pantai dengan menggunakan laptop, atau di bilik sewa anda. yang penting anda ada sambungan internet dan kehendak yang kuat untuk berjaya.

Perdagangan online telah membuka semua pintu, dan ternyata ilmu-ilmu "rahsia" yang menjadi intrik umum selama ini tidaklah begitu sakral sangat. Jika anda bukan seorang pemimpi, tetapi lebih kepada seorang yang bersemangat dan bersedia bertanggungjawab di atas risiko dan kegagalan, sanggup berkerja keras dan belajar dai pengalaman pakai-pakar terbaik, berdagang saham mampu menjadi sumber pendapatan yang besar ganjarannya.

Prejudis Terhadap Perdagangan Saham Online

Orang-orang yang tidak mempunyai pendidikan khusus, yang mempunyai kelompongan substansial di sana-sini pada pengetahuan kewangannya, berkecenderungan menyimpan tanggapan khurafat tentang perdagangan online. Ketakutan yang tidak berasional sebegitu dipupuk lagi oleh komen-komen di jaringan sosial dan blog-blog serta cerita-cerita tentang saudara jauh yang kononnya telah jatuh papa kerana bermain saham.

Berikut adalah senarai tanggapan salah yang paling lazim:

Ia satu Perjudian

Disebabkan oleh kemeruwapan pasaran yang tinggi, sukar untuk membuat unjuran dengan jaminan 100%. Namun, adalah kurang bijak untuk menganggap perdagangan online seperti satu perjudian loteri atau kasino. Bila anda sudah mempunyai asas teori yang mencukupi, anda sudah boleh menimbang tara risiko dan menganalisa pola harga, kebarangkalian untuk meraih untung sebenarnya agak tinggi.

Selain dari itu, kami mencadangkan anda untuk selalu mempertimbangkan risiko. Jangan laburkan semua wang anda di saham sahaja. Beli matawang antarabangsa dan indeks-indeks pasaran saham.

Melaburlah dengan saham untuk jangka panjang. Jangan berharap untuk mendapat keuntungan yang besar dan mencukupi lebih pantas dari 5-10 tahun. Sewaktu dalam tempoh ini, banyak peristiwa yang boleh berlaku di dunia ini, tetapi kebiasaannya pasaran saham akan stabil dan seimbang semula selepas ia melewati suatu krisis.

Bila anda berdagang, bagaimana anda menggunakan perkakas kewangan untuk meramal risiko adalah tanggungjawab anda. Ia bukanlah nasib semata-mata, justeru ia tidak boleh dikatakan sama seperti loteri.

Ia Sukar

Ia lebih rumit jika dibandingkan dengan membuka akaun bank, tetapi sebenarnya lebih mudah dari sangkaan anda. Jika anda takut hendak melaburkan wang yang banyak, mulakan dengan amaun yang kecil. Ia akan membantu anda menjadi lebih yakin dengan antaramuka, terminologi (istilah), dan analitik. Jika anda peruntukkan sekurang-kurangnya 10 minit sehari untuk belajar berdagang online, di dalam masa 2 bulan sahaja anda sudah mampu pergi jauh.




Seperkara lagi yang anda boleh lakukan adalah dengan meninjau portfolio pelabur-pelabur lain dan tiru aksi mereka.

Ilmu adalah perisai anda. Lebih banyak anda belajar, proses ini akan tampak semakin mudah.

Ia Perlukan Banyak Duit

Anda tak akan jadi kaya raya dengan melaburkan $1 – itu fakta. Tetapi ini tidak bermakna bahawa anda perlukan $10,000 untuk bermula sebagai pemilik saham. Berdagang saham online dengan FBS boleh dilakukan dengan sebarang amaun tetapi lebih bijak untuk bermula dengan sekurang-kurangnya $10 untuk alami sendiri bagaimana semuanya berfungsi. Selain dari itu, kami tawarkan leveraj 1:10 yang membantu mengimbangi masalah modal yang terhad.

Untuk bisnes yang lebih serius dari perspektif jangka panjang, penganalisis kewangan mengesyorkan agar bermula dengan $500 agar portfolio yang pelbagai dan mencukupi dapat dibina.

Mengapa Pilih Pasaran Saham AS

Semua orang tahu bahawa ekonomi AS adalah yang paling stabil di dunia. Justeru melabur pada syarikat-syarikat yang didagangkan di pasaran saham AS adalah andal. Syarikat-syarikat yang mahu disenaraikan dan didagangkan di bursa-bursa seperti NYSE, NASDAQ, dan AMEX perlu melalui proses pemeriksaan yang panjang dan ketat. Ia seharusnya memberikan anda keyakinan bahawa semua laporan kewangan dan dokumen adalah tepat dan sahih.

Tambahan lagi, senarai pilihan buat anda cukup luas. Anda boleh memilih sama ada untuk mempercayai wang anda kepada jenama yang mendominasi pasaran (Apple atau Amazon) atau bermula dengan syarikat yang lebih kecil yang akan menjadi lebih bernilai di masa hadapan. Strategi yang kedua itu tadi diperkenalkan oleh Warren Buffet dan ia telah menjadikan beliau salah seorang manusia terkaya dan pelabur paling berpengaruh di dunia.

Sebagai pemilik saham AS, anda biasanya mendapat dividen – bayaran yang dibuat oleh sebuah korporat kepada pemegang sahamnya. Jadi anda boleh melabur sahaja, dan tunggu untuk cash out tanpa perlu berdagang.

Purata pulangan di atas pelaburan bagi pasaran saham AS adalah sekitar 10% sejak dari 1965. Jadi jika anda memutuskan untuk berdagang, secara relatifnya risikonya adalah rendah. Kecairan yang tinggi pada saham memberikan anda kebebasan untuk membuat keputusan menjual atau membeli. Anda boleh berasa senang hati bahawa pasti akan ada penjual atau pembeli bagi saham anda.

Bagaimana Saya Boleh Mulakan

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mula berdagang saham secara online:

1. Buka akaun perbrokeran.

FBs baru sahaja memasukkan saham ke senarai instrumen dagangannya. Jadi anda boleh menyertai perlumbaan menuju kewangan yang mantap di masa hadapan bersama kami.



2. Pilih saham anda

Bila anda membuka senarai saham FBS anda dan melihat katalog besar hampir 100 syarikat awam, mungkin anda akan jadi keliru dan akhirnya hilang semangat ketika mencari maklumat tentang jenama-jenama tersebut.

Bertenang! Gunakan servis yang akan membantu anda dalam seni memilih saham. Tempat-tempat sebegitu memang direkabentuk untuk membantu para pelabur memilih saham terbaik untuk portfolio mereka.

Dua yang paling popular adalah Zacks Stock Screener dan Google Finance Stock Screener. Jika anda tidak pasti kalau anda memang mahukan hanya satu saham, cuba ETF – ia satu cara untuk duduk di atas pagar. Bila anda membeli asetnya, anda melabur secara serentak pada beberapa syarikat AS yang mewakili 85% dari pasaran bursa saham AS.


Apabila anda sudah ada cukup pengalaman, luangkan masa untuk pembelajaran secara mandiri. Belajar strategi-strategi memilih saham, baca blog-blog kewangan dan dengar dengan cermat petunjuk-petunjuk dari influencers pasaran. Bila anda memilih suatu strategi untuk memilih saham, belajar selok-beloknya, patuhi ia dengan tepat, anda akan berada di jalan yang benar menuju kejayaan.

3. Meriahkan portfolio anda

Bermula dari kecil adalah lebih baik. Beli satu saham untuk mendapatkan idea am bagaimana anda perlu menguruskannya. Dengan masa yang berlalu kelak, anda sentiasa boleh tambah jenama lain. Jangan lupa untuk pelbagaikan sektor yang anda laburkan dan perimbangkan potensi syarikat-syarikat pada masa hadapan.

4. Jangan kalah pada emosi yang negatif

Walaupun situasi menuju ke arah yang bertentangan dari yang anda jangkakan, ingatlah bahawa pemilikan saham adalah perspektif jangka masa panjang anda. Tumpukan hanya pada isu yang anda boleh kawal.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini