Ringgit ditutup lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh belian sederhana, kerana pelabur berubah kepada mata wang negara pesat membangun, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit didagangkan pada 4.1130/1160 berbanding dolar AS daripada penutup semalam sebanyak 4.1160/1200.

Peniaga berkenaan berkata, ringgit juga mendapat manfaat daripada harga minyak yang lebih baik memandangkan Malaysia adalah pengeksport bersih minyak dan gas.

Penanda aras hadapan minyak mentah Brent meningkat 1.82 peratus kepada AS$59.79 setong sewaktu berita ini ditulis, sementara hadapan minyak mentah US West Texas Intermediate meningkat 2.15 peratus kepada AS$50.85 setong.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7755/7796 daripada 3.7803/7843 pada Selasa tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0310/0336 daripada 3.0287/0328.

Ia meningkat berbanding pound British kepada 5.2445/2504 daripada 5.2537/2608 tetapi susut berbanding euro kepada 4.7135/7178 daripada 4.7128/7190.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini