Ringgit lemah pada awal dagangan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit lemah pada awal dagangan



KUALA LUMPUR: Ringgit didagangkan lebih rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini, sejajar kelemahan mata wang serantau, kerana kebimbangan terhadap pertumbuhan global yang perlahan mengalihkan minat pelabur ke arah dolar AS yang selamat.

Pada 9.10 pagi, ringgit berada pada 4.1440/1490 berbanding dolar AS daripada 4.1410/1450 penutup semalam.

Peniaga berkata, peniaga berhati-hati memandangkan ketidakpastian berhubung rundingan perdagangan antara AS dan China.

"Pelabur berhati-hati berhubung prospek penyelesaian yang baik sebelum tarikh akhir awal Mac ini," katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali euro yang mana ia menokok kepada 4.6869/6929 daripada 4.6984/6033 semalam.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0459/0507 daripada 3.0435/0469, susut berbanding yen Jepun kepada 3.7783/7832 daripada 3.7728/7775 dan lebih rendah berbanding pound British pada 5.4303/4385 daripada 5.4019/4080 sebelumnya. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini