Exclusive Live Webinar : Pelajari tentang Strategi Portfolio Dagangan daripada yang Terbaik! - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Exclusive Live Webinar : Pelajari tentang Strategi Portfolio Dagangan daripada yang Terbaik!



Strategi Portfolio Dagangan Forex

Kami berbesar hati untuk menjemput semua pelanggan kami yang baru dan sedia ada yang menetap di Malaysia dan Brunei untuk menyertai webinar eksklusif secara langsung yang akan memberikan manfaat berguna dan pengetahuan praktikal mengenai strategi bagi menyediakan portfolio dagangan atas talian yang mampan.

Semasa webinar nanti, kami akan menekankan tentang kepentingan mempunyai portfolio pelaburan untuk mencapai matlamat dagangan dengan tahap pengurusan risiko yang lebih tinggi. Peserta juga berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang konsep dan penggunaan kepelbagaian portfolio dengan pengkhususan kepada toleransi risiko individu, pelan pelaburan jangka masa pendek vs panjang, instrumen yang didagangkan dan jumlah yang dilaburkan.

Di samping itu, kami akan menunjukkan beberapa penggunaan teknik-teknik penting dalam analisis teknikal dan fundamental untuk meningkatkan pemahaman yang baik tentang pergerakan pasaran, trend dah tindakan harga untuk mengetahui bila waktu yang sesuai untuk masuk dan keluar daripada pasaran.

Webinar ini memberikan manfaat kepada pelabur atas talian yang baru dan berpengalaman kerana ia mengikuti sukatan pelajaran yang menunjukkan bagaimana strategi dagangan individu boleh dibangunkan untuk dagangan forex dan instrumen kewangan yang lain bersama-sama bagaimana portfolio kepelbagaian dagangan membantu pelabur membahagikan risiko (meminimumkan risiko dan memaksimumkan ganjaran).

Acara pendidikan atas talian kami akan berakhir dengan undian cabutan bertuah XM, di mana kami menawarkan hadiah-hadiah hebat kepada pemenang yang bertuah dan semua peserta webinar boleh menyertainya.


Daftar Tempat Duduk Anda Di sini


Webinar ini adalah percuma. Sila ambil perhatian bahawa untuk pendaftaran webinar, anda perlu memiliki satu akaun nyata XM. Jika anda masih belum memiliki akaun nyata, anda boleh membuka satu akaun di sini .

Jumlah maksimum peserta webinar adalah 2000 orang.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini