Ringgit ditutup lebih tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat belian yang muncul semula, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.0640/0690 berbanding dolar AS daripada paras 4.0690/0740 pada Selasa.

Peniaga itu berkata, unit tempatan juga mendapat manfaat daripada peningkatan harga minyak kerana Malaysia adalah pengeksport bersih minyak dan gas.

Penanda aras minyak mentah Brent diniagakan 0.80 peratus lebih tinggi kepada AS$65.88 setong, manakala West Texas Intermediate meningkat 1.23 peratus kepada AS$56.18.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain kecuali dolar Singapura.

Unit tempatan turun berbanding yen Jepun kepada 3.6798/6854 daripada 3.6711/6759 pada Selasa, susut berbanding euro kepada 4.6301/6378 daripada 4.6244/6321 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.3970/3053 daripada 5.3638/3708.

Berbanding dolar Singapura, unit tempatan meningkat kepada 3.0155/0197 daripada 3.0161/0209 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini