Derma Amal XM untuk Kebajikan Kanak-Kanak di Asia Tenggara - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Derma Amal XM untuk Kebajikan Kanak-Kanak di Asia Tenggara



Pada bulan Mac, XM telah melakukan dua lagi sumbangan amal secara berturut-turut di Asia Tenggara di mana kedua-duanya bertujuan untuk menyokong misi Yayasan XM dengan menyumbang terhadap kebajikan kanak-kanak dalam keadaan yang penuh bermakna.

Inisiatif yang ditumpukan pada kanak-kanak yang diadakan di Indonesia pada 20 Mac dan kemudiannya di Malaysia pada 21 Mac bertujuan untuk mengambil berat sikap positif terhadap pembangunan yang mampan, kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang memerlukan dan memastikan peluang yang sama rata kepada kanak-kanak bawah umur yang berada dipinggir masyarakat.

Dalam kerjasama erat dengan organisasi kebajikan Indonesia, Rumah Harapan, yang berdedikasi untuk memberikan tempat perlindungan kepada kanak-kanak dari keluarga miskin yang tinggal di pinggir Jakarta, XM menyumbang bekalan makanan yang sihat, ubat-ubatan dan pakaian untuk rumah kebajikan dengan mendermakan sejumlah besar keperluan untuk bayi dan anak kecil.

Pada keesokan harinya, kakitangan kami yang berdedikasi meneruskan perjalanannya ke Malaysia di mana mereka bergabuung dengan Rumah Ilham, rumah anak-anak yatim yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, Taman Tun Dr Ismail, untuk menyumbangkan perkara paling asas dan penting seperti bekalan makanan kepada kanak-kanak yang tinggal di sana.

Kedua-dua sumbangan amal oleh XM sangat dialu-alukan oleh masyarakat setempat yang mana kami sangat gembira untuk berjumpa dan memastikan mereka bahawa Yayasan XM berada di sisi mereka dalam melakukan perubahan terhadap masa depan kanak-kanak.

























































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini