Memahami pola carta segitiga - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Memahami pola carta segitiga


Pernahkah anda mengira bintang ketika mencari buruj? Atau mungkin anda pernah membayangkan diri anda seorang ahli nujum, cuba untuk meramalkan masa hadapan?Dalam perdagangan, anda boleh melakukan perkara yang dengan melihat pada carta dan pola. Selain itu, jika analisis anda betul, kemahiran anda menilik masa hadapan boleh membantu anda memperolehi wang. Dalam artikel ini, kami akan membentangkan kepada anda strategi-strategi mudah untuk menggunakan salah satu pola yang paling terkenal serta mudah pula dikesan. Kami merujuk tentang pola segitiga.

Pengenalan kepada pola carta segitiga

Pola segitiga dibentuk oleh garisan-garisan lurus yang menyambungkan titik-titik tinggi dan rendah. Dalam kebanyakan situasi, ini adalah pola carta jenis penerusan, lantas inilah sebabnya anda perlu memberikan perhatian khusus kepada aksi harga.Seperti yang anda ketahui dari Buku Panduan Forex, ada 3 jenis pola carta segitiga:

- Pola segitiga menaik (Ascending triangle pattern);

- Pola segitiga menurun (Descending triangle pattern);

- Pola segitiga simetrik (Symmetrical triangle pattern).

Perbezaan utama antara mereka terletak pada kecerunannya. Pola segitiga menaik menunjukkan bulls semakin kuat. Lantaran itu, ia condong menaik. Sebaliknya, pola segitiga menurun menunjukkan kekuatan bears.Situasi paling menarik adalah yang berkaitan dengan segitiga simetrik. Aksi harga di pola carta ini menunjukkan keseimbangan antara bulls dan bears. Penembusan (breakout) pola ini boleh saja ke atas atau ke bawah.

Strategi berdagang untuk jenis-jenis pola carta yang berbeza

Mula-mula sekali, mari kita pertimbangkan situasi bila mana pola segitiga simetrik terbentuk. Di carta harian EUR/USD, persilangan garisan trend yang menaik dan garisan menurun pada suatu downtrend besar membentuk pola yang diingini. Selepas pola ini terbentuk, kita tunggu penembusan ke bawah, atau ke atas. Dalam contoh kami, candlestick menembus ke sempadan atas segitiga, kesannya, kita masuk posisi pada 1.3355. Kita letakkan renti rugi sekitar 10 pip di bawah titik terendah segitiga, iaitu 1.2324. Ambilan untung kita bersamaan dengan ketinggian segitiga tersebut. Kita ukur jarak antara titik tertinggi dan titik terendah di pola ini:

1.3294 - 1.2334 = 0.096.

Jadi kita letakkan ambilan untung kita pada 1.4315 (1.3355 + 0.096 = 1.4315)


Sekarang mari kita pelajari tentang cara-cara berdagang dengan segitiga menaik (ascending triangle). Para pedagang sering fikirkan tentang pola ini sebagai pola bullish, di mana penembusan akan berlaku ke atas bila pola ini terbentuk. Namun, ia tidak terjadi setiap masa. Penembusan ke sempadan bawah segitiga menaik boleh berlaku ketika downtrend.

Mari perimbangkan situasi di mana segitiga menaik terbentuk ketika uptrend.

Pada carta H4 NZD/USD, pola menaik terbentuk bila sempadan atas di aras rintangan 0.7314 dan sempadan bawah dibentuk oleh uptrend. Kami memutuskan untuk membuka posisi selepas rintangan dibolosi, di 0.7333. Kami meletakkan renti rugi pada 0.7225 (10 pip di bawah titik terendah segitiga) dan ambilan untung pada 0.7413 (titik tertinggi pada 0.7314 - titik terendah pada 0.7234 = 0.08)

0.7333 + 0.08 = 0.7413


Akhir sekali, mari lihat cara-cara berdagang dengan segitiga menurun. Ia boleh ditakrifkan sebagai aras sokongan yang kuat yang bersilangan dengan garisan downtrend. Jika pola ini terbentuk ketika downtrend, ia menandakan pergerakan itu akan berterusan.

Pada H4, pengukuhan di bahagian atas trend menaik menunjukkan bulls tidak berupaya untuk terus menolak harga lebih tinggi. Kesannya, segitiga menurun terbentuk dengan sokongan pada 0.7470. Kami memutuskan untuk memasuki pasaran pada penembusan aras sokongan, jadi kami letakkan pesanan short pada 0.7455.

Renti rugi kami diletakkan 10 pip di atas swing high terakhir pada 0.7534 dab ambilan untung diletakkan pada 0.7367.



Kesimpulan

Jika anda tahu bagaimana segitiga diimplementasi, ia peluang yang bagus untuk tingkatkan keuntungan anda. Namun hati-hati! Segitiga boleh bermain helah dengan anda jika ia bergerak melawan trend. Inilah sebabnya mengapa anda perlu benar-benar pastikan implementasi dan situasi pasaran adalah betul.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini