Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini susulan penyusutan permintaan terhadap unit tempatan itu walaupun dengan pengumuman data pengeluaran eksport Malaysia pada Januari 2019 yang lebih baik daripada jangkaan awal.

Pada 9.11 pagi ini, ringgit mencatat 4.0760/0800 berbanding dolar AS daripada 4.0740/0770 sewaktu ditutup semalam.

Penganalisis penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga berkata ringgit mendapat sokongan kecil daripada data eksport itu yang menyaksikannya tidak berupaya mengukuh berbanding dolar AS ketika laporan menyatakan AS dan China berkemungkinan memeterai perjanjian perdagangan.

"Keuntungan ringgit sebanyak 1.4 peratus ringgit setakat ini menunjukkan rasa optimis itu semakin reda," katanya.

Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0072/0106 daripada 3.0071/0104 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6445/6487 daripada 3.6417/6454.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding pound British kepada 5.3693/3750 daripada 5.3944/4000 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6197/6247 daripada 4.6203/6254, sebelum ini. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini