Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia dalam keadaan permintaan sederhana terhadap dolar AS, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.0870/0910 berbanding dolar AS daripada paras 4.0740/0780 ketika ditutup pada Selasa.

Penganalisis Pasaran Kanan, OANDA, Jeffrey Halley, berkata berkata dolar AS mencatatkan peningkatan sederhana berbanding mata wang serantau dan Kumpulan G-10 semalaman ketika para pedagang tidak memasuki pasaran menunggu lebih banyak petunjuk makroekonomi.

"Kami menjangkakan situasi yang sama bagi Asia hari ini dengan jangkaan dagangan yang lengang.

"Keadaan dijangka lebih aktif apabila kita memasuki dua hari terakhir bagi minggu ini," katanya.

Penanda aras minyak mentah Brent turun 0.59 peratus kepada AS$65.47 setong manakala minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI) jatuh 1.18 peratus kepada US $ 55.89 setong.

Ringgit juga diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.6530 / 6579 daripada 3.6381 / 6427 pada Selasa dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0098 / 0139 daripada 3.0062 / 0109.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.6187 / 6236 daripada 4.6142 / 6200 dan menurun berbanding pound Britain kepada 5.3724 / 3793 daripada 5.3716 / 3785 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini