Harga minyak tinggi lonjak ringgit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak tinggi lonjak ringgit



KUALA LUMPUR: Ringgit menokok berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini apabila sentimen pasaran terhadap nota tempatan di lonjak berikutan kenaikan harga minyak global.

Pada 9.04 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.0800/0830 berbanding dolar AS daripada 4.0830/0870 penutup semalam.

Peniaga berkata, harga minyak mendapat momentum dengan pemotongan bekalan yang menyokong pasaran.

"Ini, sebaliknya, dilihat sebagai positif bagi hasil minyak dan gas negara," katanya.

Niaga hadapan Brent meningkat 0.3 peratus kepada AS$69.59 satu tong manakala West Texas Intermediate naik 0.1 peratus kepada AS$62.64 satu tong.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali terhadap yen Jepun, yang mana ia mengukuh kepada 3.6612/6642 daripada 3.6662/6704 pada penutup semalam.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0124/0151 daripada 3.0115/0149, merosot berbanding pound British kepada 5.3570/3614 daripada 5.3275/3331 dan lemah berbanding euro kepada 4.5757/5795 daripada 4.5738/5799 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini