Melabur dengan sedikit, dapatkan lebih banyak! Bagaimana?


Apakah yang mendorong orang ramai untuk berkembang dan mendapatkan kelayakan dalam bidang mereka? Pasti sekali faktor-faktor seperti pendidikan dan tauladan dari figura berpengaruh memacu iltizam ke arah kepakaran dan menggembleng usaha berganda.

Namun, kita semua perlukan sedikit insentif dari masa ke semasa, keajaiban kecil, yang akan membantu kita rasa lebih yakin dan dalam melihat sesuatu itu dari persektif yang betul.

Ini berkesan baik untuk mereka yang masuk ke dunia baru, mahupun bagi mereka yang sudah mempunyai pengalaman tetapi mulai kehilangan semangat.

Broker-broker dikepung oleh pesaing, pasaran dibanjiri dengan pelbagai tawaran, dan ini menjadikan para pedagang sukar membuat pilihan. Untuk mengatasi kecelaruan ini, kami mempertaruhkan promosi. FBS ingin membantu pelanggan dari setiap kategori dengan pelbagai bonus dan program yang disesuaikan dengan keperluan mereka.

Mengalu-alukan Newbie dan Kejutan Untuk Yang Pakar

Sedikit "headstart" di permulaan kembara kewangan adalah satu opsyen yang sangat dialu-alukan oleh setiap pedagang yang baru bermula dan ia satu kejutan yang mengasyikkan bagi para pelanggan yang sudah berpengalaman. FBS tidak lokek dan bermurah hati dengan pedagang yang mahu meningkatkan kemahiran mereka bersama kami.

Kami menawarkan Trade 100 Bonus – opsyen terbaru untuk mereka yang mahu memanaskan badan di pasaran dan mempertingkatkan potensi diri.


Selepas anda daftarkan akaun bonus, anda akan menerima $100 percuma anda serta-merta. Selepas itu anda boleh terus mula berdagang. Kami mempercayakan anda dengan wang dan berharap mendapat keyakinan anda sebagai balasan. Bila anda sudah dagangkan 5 lot sepanjang sekurang-kurangnya 30 hari aktif berdagang, anda dialu-alukan untuk mengeluarkan keuntungan sehingga $100.

Dibandingkan dengan broker-broker lain, itu sangat menarik. Sebagai contoh, EXness atau Plus500 tidak sedia mengalu-alukan pendatang baru dengan apa-apa ganjaran wang sama sekali.

Suntikan Semangat

Acap kali terjadi, selepas suatu kejayaan besar dalam satu-satu pekerjaan akan ada satu tempoh di mana tiada apa-apa kemajuan baru yang dicapai. Ia boleh berlangsung agak lama dan bersamanya hadir perasaan "aku tidak tahu mengapa aku lakukan perkara ini dan ke mana harus aku tuju" yang melemaskan. Ini adalah masa yang ideal untuk mereka yang mahu menawarkan sedikit suntikan semangat dan penghargaan.

Kami melakukannya dengan Program Kesetiaan – satu tawaran unik untuk para pelanggan FBS yang telah lama ditunggu-tunggu.

Dengan program ini, para pedagang dan rakaniaga boleh mengumpulkan mata yang menjamin hadiah-hadiah lumayan dan servis VIP buat mereka.



Kami berasa bangga dapat memberikan hadiah, berbanding wang. Sementelahan, anda mampu menjana sendiri keuntungan manakala hadiah berupa jam Rolex, Mercedes S-Class, atau peranti-peranti novelti canggih Apple jauh lebih baik dari wang tunai. Selain dari itu, kami juga menawarkan opsyen servis dan pendidikan istimewa di antaranya termasuklah akses kepada pengurus peribadi, keutamaan tinggi bagi khidmat bantuan pelanggan menerusi chat online, serta sesi pelatihan secara empat mata. Selain dari pelbagai hadiah dan peluang, kami juga ingin menawarkan anda undangan ke majlis-majlis istimewa dan trip percutian. Memori berharga dan pengalaman-pengalaman baru – apakah ada yang lebih berharga dari ini?

Mana kala di XM, mereka juga menawarkan program kesetiaan. Dengan persyaratan yang berlebihan, mereka menggesa anda mengumpulkan mata yang boleh ditebus untuk mendapatkan ganjaran kredit bonus. Itu sahaja – ringkas dan membosankan. RoboForex juga memberikan anda tunai untuk mata. Tiada apa-apa kejutan atau yang mengujakan di sini.



Memberikan Pelanggan Suasana Perdagangan Yang Stabil

Dengan adanya expert advisors, adalah penting untuk para pedagang mempunyai akses yang selamat dan stabil kepada pasaran, 24/7. Mujurlah, FBS sudah mempersiapkan ini semua untuk anda!


Deposit $450 dan gunakan Virtual Private Server kami secara percuma untuk sebulan yang pertama. Untuk melanjutkan akses, dagangkan 3 lot setiap bulan, satu perkara enteng untuk pelanggan-pelanggan yang sudah mahir.

Broker-broker lain turut menawarkan servis yang sama. Dibandingkan dengan mereka, kami mengenakan syarat deposit yang lebih rendah. Selain dari itu, selepas anda memenuhi syarat-syarat penyertaan anda perlukan hanya 15 minit untuk masuk ke VPS, buka MetaTrader dan mula berdagang.

Sebagai contoh, untuk menggunakan VPS di XM, anda perlu mempunyai lebih dari $5,000 di akaun dan berdagang 5 lot standard per bulan.

Kekal Bersama Promo

Buat masa ini, FBS menawarkan lebih dari 15 promosi yang memangkin pencapaian dan perdagangan anda.

Trade 100 Bonus bertujuan lebih dari sekadar membuat wang secara pantas, ia juga satu insentif untuk anda lihat sekeliling anda dan amati bagaimana broker berkerja, dan bersiap sedia untuk hadapi pasaran sebenar.

Program Kesetiaan adalah opsyen terbaik anda untuk perancangan jangka masa panjang dan insentif besar.

Sementara VPS pula boleh membantu anda tersambung ke rangkaian pada setiap masa dan tidak terlepas peluang keuntungan.

Sertai promosi-promosi kami, pasang impian yang besar, dan nikmati pelbagai hadiah dan peluang baru!



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini