Ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan suasana berhati-hati menjelang pelancaran data ekonomi China esok.

Pada 9 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.1100/1150 berbanding dolar AS daripada 4.1050/1100 penutup Rabu.

Ketua Perdagangan dan Strategi Pasaran di SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata pelabur asing terus menarik keluar dana daripada pasaran saham tempatan kerana mereka menunggu pengesahan selanjutnya berhubung pemulihan ekonomi China.

"Peniaga mata wang membuat kedudukan masing-masing menjelang penerbitan data itu yang akan menjadi pemacu jangka pendek utama bagi pasaran mata wang," katanya.

Ringgit juga rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0388/0430 daripada 3.0347/0393 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.6990/7049 daripada 3.6939/6987.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.3825/3894 daripada 5.3673/3755 dan susut nilainya berbanding euro kepada 4.6340/6401 daripada 4.6292/6361.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini