Ringgit dibuka tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di awal dagangan hari ini, ketika sentimen pasaran dipacu oleh perkembangan positif membabitkan rundingan dagangan AS-China serta pendirian Rizab Persekutuan (Fed) yang lebih berpihak kepada kadar faedah lebih rendah.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.0750/0800 berbanding dolar AS daripada 4.0800/0850 pada Jumaat lalu.

Seorang peniaga berkata, Fed menyatakan bahawa ia tidak akan menaikkan kadar faedah tahun ini dengan satu kenaikan hanya dijangkakan pada 2020.

“Ini adalah berita positif untuk mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0098/0137 daripada 3.0086/0128 dan rendah berbanding euro kepada 4.5746/5818 daripada 4.5737/5809.

Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6679/6734 daripada 3.6820/6872 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3077/3146 daripada 5.3122/3203.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini