Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, selari mata wang pesat membangun yang lain, didorong oleh faktor luaran, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit didagangkan pada 4.0830/0870 kepada dolar berbanding 4.0790/0820 pada penutupan Isnin.

Beliau berkata dolar yang meningkat disokong oleh peningkatan pulangan perbendaharaan Amerika Syarikat susulan data pembinaan dan pembuatan yang kukuh.

“Lebih banyak pelabur kini beralih minat kepada mata wang lebih selamat,” katanya.

Ringgit bagaimanapun didagangkan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding pound British kepada 5.3275/3331 daripada 5.3419/3474 pada penutupan Isnin dan tinggi berbanding euro kepada 4.5738/5799 daripada 4.5832/5882 serta mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6662/6704 daripada 3.6744/6781.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0115/0149 daripada 3.0114/0141.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini