Ringgit mendatar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mendatar



KUALA LUMPUR: Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini kerana kebanyakan peniaga memutuskan untuk terus berada di luar kerana perkembangan luaran yang bercampur-campur.

Pada 9.06 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.0770/0820 berbanding dolar AS daripada 4.0770/0810 penutup semalam.

Peniaga berkata, berita mata wang Asia yang lebih kukuh, berikutan penyusutan pulangan bon AS diimbangi oleh harga minyak global yang lemah disebabkan peningkatan inventori AS.

"Pada masa ini, peniaga telah mengambil pendekatan tunggu dan lihat bagaimana pasaran akan berkembang sepanjang hari sebelum mengambil kedudukan," katanya.

Penanda aras antarabangsa Brent susut dua sen kepada AS$69.29 satu tong manakala West Texas Intermediate (WTI) turun 14 sen kepada AS$62.34 satu tong.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun, yang mana ia berada pada 3.6572/6623 daripada 3.6572/6617 penutup semalam.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0135/0177 daripada 3.0146/0180, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3706/3789 daripada 5.3735/3804 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5842/5902 daripada 4.5850/5911. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini